Filem ombak rindu




sape2 yang kaki baca novel mesti dah familiar kan ngan novel ombak rindu ni..
novel femes tu...jalan ceritanya memang best...
ye saya agak ketinggalan...baru hari ni saya tau yang novel ni akan difilemkan...
harap harap filem ni akan best macam novelnya juga la...
ok pada sape2 yg lupa novel ombak rindu tu,
ni saya letak sinopsis sikit...

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

-----------------------------------------------------------------------------------

harap2 filem ombak rindu ni tak lari jauh la dari novel asalnya..
ni pulak pelakon2 yg bakal belakon ombak rindu..
ni saya amik dari fanpage lisa surihani..

Izzah : Maya Karin
Hariz : Aaron Aziz
Mila : Lisa Surihani
Wafiah : Umie Aida

maya karin jd izzah???sesuai ke tak xtau la...
harap2 menjadi la dia bawak watak izzah tu...
peminat ombak rindu nantikan kemunculan filem ni nanti ye...
agak2 dapat lawan tak dengan lagenda budak setan...

No comments: