Ku PoHon SeRibu KeMaaFan

Assalamulaikum u all.......



sblom tu aku nk mintak maaf bynk2 u all..jnji hanya tinggal janji kn2 coz aku dh byak hutang n3 ngn u all...dlu aku selalu kongsi liku2 kehidupan yg ada dlm hidup aku kt dlm blog..tp lately aku ni bz sgt2 langsung x smpat nk update blog...smpaikan rmai yg tnya2 aku, npe dh lma x update blog...huhuhu....

x sgka lak rmai yg follow n baca blog aku ni...wlaupun blog aku x femes sgt pun mcm blog owg lain. thankss u all sdi menyinggah kt sini ^_^..dlu hari2 aku duk mngdap blog  yolah blog ni pun ibarat mcm bf aku dh...x slahkan kapel ngn blog,,,kew dosa haha...xpelah meroyan skit pun..jgn btol2 sdah nauzubillah.

mood : rinduuuu u all...jgn segan2 pilu2 nk singgah lg erkk ^_^



BerJimBa - JimBa witn my prenzz

Assalamulaikum u all...

dh nk smpai sebulan aku duk kt perlis...biasanya duk umh jew...teringin gak nk p jalan2 tkut sesat lak...so de lah 1 hari nim kwn serumah ajak aku n sha p jalan kt kuala...kt ganu biasanya aku panggil pntai...tp kt sini depa panggil kuala hehe...jom ler layan gambr...

 keindahan pntai opsss kuala ler hehe

 hilang diet aku hahaha

termenung pk masa depan

 with sha ana *kwn smpai mati ahakkk*

 with k.ayu yg bkal berkahwin tak lama lg...congrat k,ayu...

 kami bertiga berjimba-jimba 

^__________________________^


MaLaM seRiBu RaHmAt

Assamulaikum u all

” Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang bermusuhan, orang yg terus menerus minum khamar (arak atau minuman keras), terus menerus berzina, memakan riba, durhaka kepada ibu bapak, orang yang suka mengadu domba dan o...rang yang memutuskan silaturahim. Tuhan tidak mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan kejahatan mereka itu .”

Rasulullah pun keluar rumah, lantas mengerjakan solat (sendirian) dan menangis dalam sujudnya, seraya berdoa :

” Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu
dari azab dan siksa-Mu serta kemurkaan-Mu
Tiada kubatasi pujian-pujian kepada-Mu
sebagaimana Engkau memuji diri-Mu
Maka bagi-Mu lah segala pujia-pujian itu
Hingga Engkau rela .”

(HR Abu Hurairah)

20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

sspe nak share silakan share....

m!ss sgt2 dekat die =(((((((((((

Assalamualaikum u all........

Alahaiii aku dpt rsekan yg aku nim dh lama tinggal sini sedangkan bawu seminggu aku berada di Perlis..bawu aku thu byak dugaan kalo duk negeri owg lebih2 lg kalo berjauhan ngn famly..kt tempat keje bawu byak bnda yg aku kena belajar n kena banyak bertanya ngn owg yg berpengalaman..tp yg pelik aku nim letih sakit badan mengalahkan org yg bt keje teruk..pdahal aku duk goyang kaki kt opis n ikut owg g MP jew...

ermmm tp nk wt cam mane kn aku nim belom mahir lg dalam keje nim so jawabnye aku just follow owg jew...xpe lh aku kn bdak bawu blajar ececee...**************** rndu ler nk balik kpung *nan nan ganu kite!!!!*...rndu kt klurga aku..kwan2 *kwn smpai mati ok*..n katil kesygan aku tuhhh...

tp yg paling aku rndu adikk aku NUR SYAFIQAH ALEAYA... dlu time aku kursus kt PLAT *pusat latihan amanah ikhtiar* slama seminggu die sllalu col aku ngis2 tnye bila aku nk balikk..tp skrg nim die x col aku pun mybe die x rndu aku kot..=((( tp my mom de ckp adik aku selalu tido lam bilik aku n ngis sowg2 time die rndu aku..cian die kn???

mybe die takut nk ngis depan mom n dad coz sblum nk mai hantr aku kt Perlis my dad ada pesan kt die kalo die ngis my dad xmo ajak die mai sini..pastu nk hntar kt umah mama merangkap mak saudara aku huhu..trus die x ngis time nk balik aku plak yg sebak nk ngis tp cover lh time tuh coz mber aku ada huhu...

tp ada jgak aku tnye die "adik x rindu alg kew???, mstilah rindu..alg balik raya kn..adik tnye dh mak alg balik bila.." pa2tu aku tnye lg "npe adik x ngis pun cm dlu, adik takut abah hantar p kt umh mama" pastu die senyap mybe ngis kot terus letak hp...my mom marah kt aku tnye soalan cm tuhh

pjam celik pejam celik kjap jew die mbesar...dlu time kecik2 aku yg jaga die coz my mom keje..skrg nim umo die dh 6 thun..so time aku ada kelas my mom hntr die kt umah mama..time aku xde kelas so aku ler yg jga die..

smpaikan pernah ada sekali aku bawak die p kolej aku masa umur die 1 thun lebih coz time tu lecturer aku bg thu last minit de klas ganti so trpksa aku bawak adik aku hahaha lawak gila kalo ingat semula kejadian ni..kelam kabut aku bawak susu, pampers, mainan die rsenye cam aku nim bibik plakk..ce bayang...ce bayang cm ne aku time tuh ^_^

smpai kt kolej rmai owg nk main ngn die coz dlu die montel n mata bulat comey lak tuu..lg comey dri aku hoke ...tp die nangis lak kalo jumpa owg x knal..smpaikan bergema 1 bagunan kolej tuh die nangis xpsal2 lecturer aku kena pujuk die bagi susu botol n dodoikan dia atas riba n trus tido..aku pun x prsan time mne dia tdo...sdar2 dh x dgr die menangis...cian plak aku tgk die time tuh.=(((( 

tp yang kelakar kn time owg tnye die adik anak sape??? dgn slamber jew die jawab anak ALONG..alahaiii sjak bila aku de anak nim..hahaha...mybe die slalu ada ngn aku kot..aku terang baik2 kt die swuh die faham..tp bila die dh makin besar bawu die faham yg aku ni hanya kakak die n bkan mak die...

mcm mana lah die x pk cam tuh kan...p mane2 jew msti aku bawak die..lepak ngn kawan2 kew..p dating pun aku bawak die...siap rempit lg tau hahaha...mne ada aku d stulh ada dia..aku x prnah berpisah dgn adik aku nim..die lbih rapat dgn aku berbnding ngn owg lain termasuk my mom...aku syg sgt2 kt die smpaikan aku x prnah marah die huhuhu...windu sgt2 kt die muaxxxxx... 

meh ler layan pic DIE
^
^
^
^
^
 umr 1 tahun *malu sy x pakai baju ahakkk*

 nangis nk p jalan2 *2thun*

 montel

 mata bulat

mekaup

 awek muslimah

 mak aku ptong rmbut die huhu

 bergaya lg

 gerammm aku tgkkk

 pewiitttttttttt

 muka seposen

 pakai tdung aku tuhhh

 happy bzday yunkkk *5 thun*

 my name Nur Syafiqah Aleya

p/s : kalo u all nk thu adik aku nim suka pakai tdung...n xska pakai cekci *seksi* mengalahkan kakak dia nim hahahaha

Baju Raya Contest 2011

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma hujung bulan 8 ni kami Kek Lapis Sarawak ingin mengadakan CONTEST BAJU RAYA 2011 dimana para pemenang akan mendapat hadiah istimewa yang akan kami berikan. Terdapat 3 kategori yang akan dipertandingkan iaitu:

1.Kategori Lelaki
2.Kategori Wanita
3.Kategori Pasangan atau Keluarga

Syarat penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan mempunyai  alamat di Malaysia dimana kami akan menghantarkan hadiah kelak.

Cara penyertaan:
1.Copy entry ini tanpa mengubah apa-apa dan postkan di dalam blog anda. Caranya highlight entry ini kemudian tekan "Ctrl + C" kemudian pergi ke post anda kemudian tekan "Ctrl + V" 
2.Like Fanpage kami supaya anda dapat upload dan like gambar anda kemudian. Boleh klik button like dibawah ini.




3.Emailkan kepada kami gambar anda memakai baju raya anda tak kira baju tahun ni atau tahun lepas tetapi hanya boleh masuk satu saje tau =p beserta link blog post anda yang anda telah copy paste tadi ke keklapisborong@gmail.com. Kami akan delete gambar yang kami rasakan tidak 'sesuai'. Boleh klik pada link dibawah untuk pergi ke album kami untuk melihat gambar peserta. 




4.Jemput rakan atau sesiapa sahaja untuk like gambar anda pastikan dia like dulu fanpage kami sebelum like gambar anda.


"Peserta yang mempunyai vote atau like yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang"


Para pemenang akan mendapat kek lapis untuk hari raya daripada kami..huyeaa..
Pemberian hadiah adalah seperti berikut.


1.Kategori Lelaki
- 2biji kek lapis bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM50
2.Kategori Wanita
- 2biji kek lapis bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM50
3.Kategori Pasangan atau Keluarga
- 4biji kek lapis bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM100


*Pemenang boleh memilih kek kegemaran mereka dan akan dihantar seminggu sebelum raya.

Tarikh tutup penyertaan adalah 17/08/2011 lebih kurang 2minggu sebelum raya.

****************gmbr yg jd taruhan **********

 my famliy
*syg lak coz adik aku HASROL & SYAFIQ xde lm pic nim*

p/s : hrp2 trpilih lh yew xpnah lg jd bertuah ni hahaha

Saya nak promosi jugak

Assalamulaikum u all..


aku nk join promosi blog yang Niena Pengembara Ilahi buat. u all semua msti dh join..aku jew yg ketinggalan zaman..sape2 yg blom join meh ler join sama kasi meriah sikit ^_________________________________^

syarat2 die tgk bawah ********

  1. Tepek header Kak Niena ni kat entry khas bertajuk "Saya nak promosi jugak"
  2. Letak link blog tu.
  3. Pastu last korang tepek link entry korang kat ruang comment entry promosi blog.
simple kn xyah nk pening kpala nk pk nk bt n3 apa...yesss aku dh join..

p/s : nk join klik banner hoke


KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


p/s : tp aku pndai masak tau....n aku suka masak tettt ^_^


Singgah blog aku sat,bleh?

Assalamulaikum u all......
 

Terima kasih .. Tutup , jam 10 malam ni ..  Oh ya , tiada penyenaraian blog yer .. Korang kena godek kat ruang komen nih ..  :) .. Kalau nak pikat , tinggalkanlah komen yang best skit.. kasi pikat. hehehe...
 
p/s : statement di atas drpd ABG BEN hoke..bkn pndai2 aku reka crta so sila percaya

Cinta Semalam *part 1*

Ish... mampuslah aku camni. Laporan kewangan tak siap lagi. Mengamuk pulak lah Encik Faizal. Tulah, orang lain yang kahwin aku pulak yang melebih-lebih cuti sampai seminggu. Hehehe... biasak la. Aku kan.

Trit! Trit! Erk... terkejut aku. Telefon ni pon satulah. Time aku busy camni baru nak berbunyi. Kacau betul lah.

“Mea speaking”
“Waalaikumussalam”
“Hey Rita! Sorry, assalamualaikum
“How are you today?”
“Fine, thanks. How about you?”
“Alhamdulillah”
“So, what’s up?”
“Amboi! Kalau takde hal aku takleh call ke?”
“Taklah... tapi instict aku kata ada sebab kau call aku ni.”
“He he he... kau memang bijak.”
“Ok. Be serious please. Kau nak bagitau aku apa ni?”
“Erm... kau busy ke?”
“Yup”
“Busy banyak ke busy sikit?”
“Busy banyak. Kenapa?”
“Sorry, disturbing you.”
“It’s ok. What’s up?”
“Camni, petang esok birthday Husna and...”
“Masyaallah. Aku betul-betul lupa.”
“It’s ok. Aku tau kau busy. Cuma Husna tuh, always tanya pasal kau. Katanya rindu dekat kau.”
“Really?! Sian nye anak buah aku. Aku pun rindu jugak kat dia. Ok lah, thanks sebab ingatkan aku. Aku akan datang petang esok. I’ll promise!!”
“Ok, aku pegang janji kau.”
“Got to go. Bye.”
“Bye”
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”

camana lah aku buleh lupa birthday Si Husna tu. Nasib baik Rita call aku, kalau tak jenuhla aku nak memujuk Si Husna tuh. Perangai dia sebijik macam mama dia time sekolah dulu. Rita... Rita... dah jadik mak orang pun kau ye?!


Kanak-kanak berlari keriangan di halaman rumah. Seronoknya kalau boleh jadik kanak-kanak semula. Aku akan lakukan apa saja yang budak-budak buat. Yang paling penting, takde apa yang perlu dirisaukan. Dahla disayang semua orang.

“Woit~!!”
Argh... bisa gugur jantung gue. Min ni memang nak kena. Terperanjat aku. Sekali aku hempuk kan naya.

“Woit~!! Mak buyung. Tak reti bagi salam ke?”
“He he he... marah nampak. Sorry pal. Aku gurau je. Yang kau dok termenung ni kenapa?”
“Takde apalah. Saja je. Merenung masa depan.”
Min merenung aku dengan tajam. Ni yang leceh ni, tau je kalau aku menipu.
“Taklah, budak-budak tuh...”
“Kenapa pulak?”
“Kan seronok kalau boleh jadik cam diorang. Happy je memanjang. Takyah nak bebankan otak nak pikir-pikir tentang masalah negara.”
“Boleh kitorang join?”
Rupa-rupanya Kamal, suami Min yang bertanya. Rita dan suaminya, Adam pun ada sekali.
“Joinlah kalau tak malu!!!” kataku sinis. Sesaja je. He he he...
“Mea, dari tadi lagi aku tengok kau termenung. Kenapa? Kau ada problem ke? Citerlah kat kitorang.” Adam ni memang teliti orang nya. Gemar memerhati.
“Eh, bila masa lak aku termenung. Aku... just berfikir je.”
“Banyak la kau punyer pikir.” Sampuk Rita.
“Kalau korang nak tahu, kawan kita ni tengah berangan nak jadik budak-budak semula. Katanya takyah nak peningkan kepala pikirkan masalah negara yang bertimbun tuh.”
Erk... kantoilah camni. Si Min ni pun satulah, straight to the point betul. Memalukan aku je.”
“Kau~?!! Nak jadik budak-budak balik? Hoi makcik!! Lawak la kau ni. Sedorlah diri tuh sikit. Kau tuh dah layak jadik mak budak tau. Nak jadi budak-budak balik konon. Pigidah... malu aku kat sandal aku ni.” Laser betul mulut Rita.
Aku cuma senyum je. Dah biasa. Kalau tak mau berasap jugak telinga aku ni.
“Kau bila lagi Mea? Tak boring ke dok sensorang camni?”
Ish... Kamal ni. Soalan cepu-cemas ni jugak yang dia tanya aku. Aku takde jawapan lah. Lainlah kalau kau tanyer aku 1+1 ke, boleh jugak aku jawap.
“Bila apa~?!”
“Hoi, makcik~!! Kau dengar sini. Aku ni dah ada anak sorang. Sorang lagi aku sedang planning. Si Min ni pulak, bila-bila masa je tau nak meletup. So, kitorang ni nak la jugak merasa nasik minyak kau.”
“Excuse me guys!!! Yang korang dok tanyer nasik minyak kat aku ni kenapa? Aku tak sukalah nasik minyak. Aku lebih suka nasi beriani.”
Kamal, Adam, Min dan Rita merenung ke arahku. Alamak... kantoi la. Lawak bodoh aku tak menjadi la pulak.
“Sorry, aku gurau je. Well, what can i say? Jodoh aku tak sampai lagi. Aku takleh nak buat apa-apa. Kau ingat aku suka ke tinggal sensorang camni? Naluri aku pun tersentuh jugak bila Husna panggil kau mama. Aku pun nak jugak ada sorang suami. Tapi, tulah... takde orang yang nakkan aku. Korang kena lah faham.”
“Azmia Natasya!!! Kau nikan, masih lagi dibayangi kisah silam. Yang dah lepas tu, lepaslah. Biarkan pergi. Cuba kau bukak mata kau tu luas-luas. Bukannya takde orang yang nakkan kau. Kau aja yang jual mahal. Si Ikmal tu, sampai sanggup bawa diri ke Australia. Sebabnya apa? Sebab kau tolak cinta dia. Azam!!! Senior kita tu. Sampai sekarang dia tunggu kau. Dia sukakan kau sejak kita ni junior tahun satu lagi di UKM. Kawan dia rata-rata dah ada anak tau. Dia je yang still bujang. So, kau kata takde lagi orang yang nakkan kau. Azam ngan Ikmal tuh bukan orang ke?”
Panjang lebar Si Rita ni membebel kat aku. Marah benar agaknya.
“Bukan.” Dengan selamber nye aku menjawap.
“Kalau bukan orang, apa lagi?”
“Manusia.”
“Mea~!!” menjerit Rita dengan loyar burukku itu. Aku hanya tersenyum. Min pulak menggeleng-gelengkan kepalanya.
 
Aku terpikir balik kata-kata Rita petang tadi. Aku tahu, banyak kebenarannya. Cuma aku je yang buta, buat-buat tak nampak. Masalahnya, cinta aku dah takde dengan aku. Apa lagi yang boleh aku beri pada mereka? Nothing!!! Seseorang telah bawa cinta aku pergi. Lama dulu...

“Daniel...!!” aku kembali merindu...

smbg.....

ZzzZZzzz...jom terjah..wssalamm





BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?

Assalamualaikum u all..

 

Klik banner untuk join

sekali lg aku nk join segmen abg ben..satu ketika dlu aku join segmen nim ..bnyak gila aku dpt pujian *kritikan* dri dorang haha n aku lak brsedia mnerima pujian tu..trus aku mntak PS godek2 blog aku nk ejust mne yg x ok huhu..pape pun aku nk ucap time kasih byk2 coz u all bagi respon kt blog aku ni..

so u all jgn lh plak segan2 malu2 pilu2 nk kritik aku erkkk...kritikan u all sgt bermkna bg aku hehe...perghh!!! nsb baik ler sempat join kn blik keje trus buka blog...trus bt n3 ni coz trikh tutp segmen kul 10 mlm nim...msti u all dh join kn..all the best...muaxxxxx ^_^

ZzzZZzzz...jom terjah..wssalamm


MaCaM-MaCaM AdO Di TEAMSALKOM =_=

Assalamulaikum u all..
ermm windu nk hupdate blog aku ngn n3 yg berkaitan ngn rahsia hatiku...ni x blog aku entah pape kn semua penuh ngn GA, Contest & Segmen jew...gila kentang aku tol aku nim...xpo lh de msa aku kuar jelah n3 tu..bayk sgt dl kpala tp bila mngadap laptop perasaan malas pun mai + ngn blur lg x taw nk kuar n3 apa ^_^ so cm ni lh jd nye...
so berbalik pda tajuk kalo u all nk thu aku ni suka sgt kt drama.. kew apa owg pggil erkk kalo indonesia owg panggil sinetron...ermmm aku hentam jelah ahakk..cite nim MARIMAR AUWWW!!...tayang kt TV3 jam 3 pm n setiap hri isnin - Khamis...best cite die..mula2 mak  aku yg layan cerita nim..tepat jew pukul 3 mmang die x p mna2 coz nk tgk MARIMAR ler..so time aku duk tanam anggur skjap hri tu..berjangkit plak kt aku so pe lg aku pun join skali ngn mak tgk MARIMAR smpai ambik syafiq sekolah pun lmbat haha *nsib ko ler syafiq*

lpas aku start keje nim aku rse x syok plak coz xdpt tgk MARIMAR..asyik swuh mak aku jew yg cerita..faham ler sikit tp x sama dgn menonton kn2..huhu,,pas tu pda 1 hari *ecece cm esaie lh plak hehe* aku terjumpa ler FAN PAGE nim kt FB..*TEAMSALKOM*

so aku like ler..try usha2 tgk de apa...perghh mmang caya ler fan page nim mcm2 ado kalah ASTRO...movie yg aku x pnah tgk lg pun ada..try usha MARIMAR perghh ada lh beb..rgi aku x jumpa awl2..so skrg nim aku nk tgk drama apa2 kew aku p jew blog TEAMSALKOM..layan kt sini jew..x yah nk ssah search kt youtobe..kalo xde drma yg u all nk tgk..u all bg thu jew kt FB insyallah dorang akan usaha pea yh u all inginkan...cm aku ni ha..blik2 keje trus bukak laptop nk tgk MARIMAR episod 69..tut2 xde lg dorg blum upload lg so aku bg thu kt wall dorg..mlm tu terus ada...caya lh dorang nim..Cepat & Pantas...i like this..
so aku nk ucapkn bykk2 time kasih kt dorang coz tdak pnah menghampakan aku hehe..*setakat ni ler*..lg pun Teamsalkom Crew dorang pun hoke gakk..x sombong pun peramah je...nk tgk cerita apa2 just request jew..ops lpe nk bg taw...kepada peminat KOREA...kt sini pun byak gak drama korea...rugi taw x tgk ahakkk dh ler DVD Korea mahal baik u all tgk sini bleh save bajet hahahahahaa..
MARIMAR AUUWWW!!
  
9 Ends 2 Out

YOU'VE FALLEN FOR ME / HEARTSTRINGS


SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!






Photobucket

assalamualaikum u all.....

tba2 lak aku tertarik de boom nk join GIVEAWAY!!!!!!..mne thu kn de rezeki aku kt sini ahakk...yo lah hadiah mnarik wooo...dri korea & bandung tuuuu...sape x mo kn..rugi x join ahakk..

ermmm rsenye syarat2 die aku doh bt kot..doa aku menang hoke haha..kalo xmo doa n tertarik ngn hadiah n nk join skali klik banner hokeyy..aku x ksah pun hehe

aku nk tag sape erkk???
&

31-7 Birthday Giveaway

Assalamulaikum u all

GA ini special sempena harijadi 4 orang blogger yang keempat2nya menyambut harijadi pada 31 Julai yg bezanya alah thun, meh ler kita mngenali mereka2 yg bertuah nim ahalk :

Sunah Sakura [31 Julai 1987]


cik pulau [31 Julai 1988]


CiKaLi [31 Julai 1989]


gadis melayu [31 Julai 1990]


Hadiah untuk 12 orang pemenang bertuah akan disumbangkan oleh 4 orang blogger di atas dan 2 orang lagi akan disumbangkan oleh Jalut Norfanil.com. Bermaksud, ada 14 pemenang akan dipilih! Pemenang akan dipilih dengan menggunakan random.org dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2011 jam 12.00 tengah malam. So, pe tunggu lagi~

Ucapan eja :
happy bzday 4 u all..moga pnjang umo n dimurah rezeki..sntiasa happy sokmo xmo gado2 noty2 hoke ahakkk..opss lpe lak n cepat2 dpt jodoh haha*gatal lak aku nim*..actualy eja pun 31 gak tp blan DIsember u all,, thun pun dh sama ngn Cik Pulau 1988...rugi kn kalo tak leh join skli,,xpo r join sbgai pserta suda..hrp2 trpilih lh yew...ucapan iklas dri hati dh tu siyes sila percaya hokee ^____________^

**Klik pada banner di atas sekali tu untuk join ye..**