Novel : Aku Single! 1

Alamak! Adakah ini panahan cinta? Cinta? Oh tidak… Aku dapat rasakan dadaku tiba-tiba sesak. Nafasku tersekat. Di mana oksigen? Aku perlukan oksigen! Tubuhku kaku, menggeletar dan terasa sejuk, seolah-olah suhu sekarang mencecah -14°celcius sedangkan Malaysia kini sedang dilanda musim panas yang teruk. Apa semua ini??? Batinku menjerit.

Pandangan mataku jatuh kepada seulas bibir kecil yang kemerah-merahan itu. Indahnya ciptaan Tuhan. Nafasku semakin sesak. Pehaku kucubit berkali-kali. Tidak.. Jangan… Tidak.. Dan, bibir itu terus mengulas satu senyuman yang terindah buatku. Serta merta nafasku pulih. Terasa keawang-awangan. Wah, musim bunga telah tiba rupanya!

Kilauan matanya yang cukup memukau membuatkan lutut aku menggigil semula. Kugagahi juga diri untuk membalas pandangannya itu, meskipun aku tahu darah gemuruhku sudah sampai ke peringkat tertinggi! Argghhhh….comelnya! Tidak sanggup rasanya untuk aku mengerdip walau sekali pun mataku ini. Indahnya ciptaan Tuhan… Subhanallah…

“Awak Dahlia kan?” Bibir mulus itu menutur kata. Satu soalan bagi mendapatkan kepastian daripadaku. Beberapa saat juga aku terkedu. Tidak kusangka dia mengetahui akan perihal namaku. Perlahan-lahan aku mengangguk tanda mengiyakan.

“Wah, cantik juga awak ni. Nice to meet you, saya Syarul. Awak datang sini nak cari boyfriend awak ke?” Sekali lagi mataku tidak lepas dari memandang bibir mulus itu. Ya Tuhan, apa yang aku buat ni? Hatiku masih tidak keruan. Syarul… padan nama itu dengan tuannya. Lagipun, dia puji aku cantik tadi…hehe. Eh sekejap, apa dia kata tadi?

“Boyfriend? Saya single!” Suara aku sedikit meninggi, cuba menekankan perkataan ‘single’ itu. Syarul sedikit terkejut. Sedar dengan tindakan aku yang agak kurang sopan tadi, aku segera menekup mulutku. Adakah markah aku akan ditolak oleh dia nanti? Aku tak mahu! Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik aku cabut.
Tanpa membuang masa, aku berpusing dan terus memecut pergi dari situ. Alamak, malunya aku. Nanti apa yang dia fikirkan? Aduh… Apa aku ni… Tak boleh ke sopan sikit???

***

Aku menguap kecil. Lagi sorang. Nak kata pekak, tidak. Nak kata cacat otak pun bukan. Berapa kali aku cakap kat dia ni, masih tak tahu malu datang sini lagi? Hatiku sedikit bengang. Kutolak jambangan bunga itu dengan selamba. “Maaf, saya tak suka bunga ni.”

Aku mahu mengatur langkah pergi, namun lenganku ditarik kuat ke belakang. Hampir-hampir aku terjatuh, namun aku sempat mengimbangi badanku yang sedikit montok dan gebu ini. Aku berpusing kepadanya lantas kulemparkan pandangan mata yang berapi. Entahlah jika dia masih buta untuk melihat betapa marahnya riak wajah aku ketika itu.

“Tak faham-faham lagi ke you ni? I kata I tak suka kan…” Hah, terkeluar pula bahasa ‘i-you’ sekarang. Suara aku agak keras namun aku perlahankan sedikit supaya tidak didengari oleh orang ramai yang berada di situ. Nanti jatuh pula air muka dia, aku pula yang tanggung dosa. Baik juga aku ni rupanya.

“Please Dahlia. You tahu kan, I suka you dari dulu lagi. One year I cuba tackle you. Takkan you tak boleh tengok keikhlasan I lagi?” Dia cuba merayu lagi. Aku merenung ke matanya yang berwarna kehijau-hijauan itu. Wajah kacukan Inggeris-Belanda milik Hadzir itu sememangnya pakej yang dianugerahi oleh Tuhan untuk dirinya…tapi kalau bodoh buat apa? Yang dia pergi tunggu aku juga sampai sekarang tu kenapa? Dah kena reject berpuluh kali pun masih nak datang cari aku. Tak boleh fikir ke?

“Come on la… I have no interest in you okay? Not anyone else either… I nak belajar, I muda lagi.” Ternyata sekali aku berbohong padanya. Habis mamat ‘Syarul’ yang kiut-miut semalam tu kau nak campak mana, Dahlia? Bukan ke kau dah mula tangkap cintan dengan mamat tu? Dasar lidah, pandai jer kau nak tambah dosa aku.

“I tak boleh hidup tanpa you… Please, I tak sanggup Dahlia. I sayang sangat kat you. Can’t you see? Atau you nak kita kahwin terus? I boleh call my parents suruh diorang masuk meminang you. Immediately.” Bersungguh-sungguh Hadzir menyatakan hasrat hatinya. Aku membulatkan mata. Kahwin?
Aku pandang wajahnya, beralih pada susuk tubuhnya yang bidang dan sasa, terus kepada kasut yang berkilat-kilat dipakainya itu, kembali semula ke wajah kacukannya. Aku mengulum bibir. Tak ada perasaan pun aku tengok dia. Buat apa aku nak terima dia. Ya, satu pandangan bernas daripada Nurul Dahlia anak perempuan Ahmad Zuhairi.

Wajah Hadzir ku tenung lagi. Cuba untuk mencari sesuatu dari wajah itu. Ternyata tiada. Terdetik di hatiku satu perasaan, mataku peralih ke pandangan belakang Hadzir. Nun jauh di sana, sesusuk tubuh sedang berdiri dan memandang kami dari jauh. Wajah itu! Senyuman itu! BIBIR ITU!!!

“Dahlia?”Suara Hadzir memalu gegendang telingaku. Aku tersentak. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan mataku ke bawah. Wajahku sudah merona kemerahan bila teringatkan kejadian antara aku dan Syarul semalam. Melihat aku begitu, Hadzir ternyata dapat mengesan sesuatu. Pantas dia berpaling dan mencari-cari siapakah yang berjaya membuatkan aku tersipu sebegitu.

“Hadzir, maaf. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum…”Tanpa mengangkat muka, aku terus mengatur langkah perlahan-lahan keluar dari kafeteria itu. Hadzir yang kutinggalkan, terkebil-kebil tanpa sebarang kata. Mukanya mula berubah. Dengan rasa geram, dia menghempaskan bunga itu lalu dipijaknya sekuat hati.
“Waalaikummussalam. So, that’s the reason why you behave like this. I bet you still don’t know me, Dahlia. I’ll do anything to make you mine.” Hadzir berbisik kecil sambil matanya tajam memandang kepada Syarul yang sedang berbual-bual mesra dengan teman-temannya di hujung sudut kafe itu.

***

Jariku masih lagi bermain-main tanpa tujuan. Kuis sana, kuis sini. Pasir-pasir itu hanya melayani sahaja kerenahku. Aku senyum lagi. Mataku masih melekat pada Syarul yang sedang sibuk bermain tenis. Adakah aku stalker? Tak adalah… aku saja je lalu di sini, singgah sekejap tengok kelab tenis ni. ‘Tak sangka’ pula dia sedang berlatih. Semua itu kebetulan saja… bukan begitu? Maknanya aku dan dia ada jodohlah tu…
“Kau ajak aku datang sini semata-mata nak tengok budak-budak junior ni main tenis ke, kau nak jumpa Hisyam?” Nonis, temanku bertanya setelah penat menunggu. Lupa pula aku minah ni ada disebelah. Tanpa berpusing kepadanya, aku membalas dengan ketawa kecil.

“Buat apa nak jumpa Hisyam? Tak ada faedah.” Balasku, ringkas. Nonis mengerutkan kening. Sekali lagi dia memandang pelajar-pelajar junior itu dengan rasa hairan. Bila nama Hisyam diungkit, aku tiba-tiba sahaja mendapat satu candangan bernas. Wah, anak Encik Zuhairi, kau memang hebatlah! Tentu papa bangga dapat anak yang sebijak aku ni.

Aku bingkas bangun. “Jom cari Hisyam.”

Nonis menjungkitkan keningnya. Ternyata dia hairan dengan sikap aku itu. Lantas soalan lazim diajukan kepadaku.”Nak buat apa? Tadi kata tak ada faedah.”

“Tu hipotesis awal.”Balasku, selamba sambil tersengih-sengih. Nonis mengeluh berat. Faham sangatlah tu dia dengan perangai aku. Sememangnya teman karib aku yang paling bagus. Tak perlu menambah metafora,simile mahupun hiperbola kerana dia sendiri sudah mengerti akan senyumanku itu.

Hampir lima minit aku berlegar-legar di ruang kelab tenis itu, akhirnya aku dapat mencari pemuda itu. Amboi, sakan betul aku tengok dia memarahi budak-budak junior di situ. Melihat aku turut berada disitu, serta merta darah gemuruhnya muncul. Jelas sekali aura aku masih belum berkurangan. Aku ketawa dalam hati.

“Dahlia…you buat apa kat sini? You cari siapa?” Hisyam cepat-cepat mendapatkan aku. Tokoh sukan tenis di universiti ini itu menguntum senyuman pudar. Mungkin dia kesal mempamerkan sikap garangnya tadi di hadapanku..atau entahlah. Aku cuma meneka.

Senyuman manis aku lemparkan kepadanya. “Jumpa you la.”

“You…you nak bagi jawapan disini ke? Tak mahu ketempat lain?” Hisyam terkejut. Aku terdiam seketika. Jawapan? Jawapan apa pula ni? Ingat aku ni jual soalan bocor peperiksaan ke? Aku memandang kepada Nonis bila melihat Nonis memberi isyarat.

Alamak. Yelah… Minggu lepas Hisyam meluahkan perasaan dia kepadaku, dan memintaku memberi jawapan kepadanya pada minggu ini. Itulah tujuan utama aku datang ke kelab tenis dua hari lepas. Insiden dengan Syarul hari itu, membuatkan aku terlupa segala-galanya.

“Er… I harap you faham. I tak kenal you lagi. Jadi, boleh kita mula dengan berkawan dulu?” Jawapan yang aku rasa sudah beberapa kali aku tuturkan sebelum ini, ku berikan pula kepada Hisyam pada hari ini. Itu jugalah jawapan yang kuberikan kepada Hadzir pada bulan April tahun lepas.

Mendengar kata-kata aku yang tepat, jelas dan ringkas itu membuatkan Hisyam terdiam seketika. Kemudian dia mengangguk lalu menguntum senyuman. Senyuman yang menawan namun belum cukup menawan bagiku. Tidak seperti Syarul yang…ah, korang faham-faham jelah.

“Baik, saya faham. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya.” Dia tersenyum lagi, tenang membalas jawapanku tadi. Aku turut sama tersenyum. Entah kenapa aku rasakan dia lebih baik daripada Hadzir dan mereka yang lain. Suka sangat memaksa aku. Ceh!

“So…sempena persahabatan kita ni, you tak mahu bawa I pergi melawat kelab tenis ni ke?” Aku bertanya penuh makna. Bernas betul aku ni. Satu alasan yang dicipta untuk aku bertemu dengan Syarul lagi. Bijak Bijak.

Nonis mencuitku. “Jangan ingat aku tak tahu maksud kau, Dahlia.”

Aku tersengih, membiarkan saja isyarat mata Nonis yang seperti mahu membahamku itu. Mak nenek dah mula marah la tu…

“Kalau awak mahu, saya tak kisah. Jomlah…” Hisyam berpusing, membelakangiku. Mungkin untuk menjadi pemandu pelancong yang berwibawa? Bukan aku kisah pun. Pantas aku menurutnya dari belakang sambil menarik lengan Nonis bersama.

Berjalan-jalanlah kami disekitar kawasan itu, hinggalah kami tiba di dataran tenis tempat Syarul berlatih tadi. Dari jauh lagi aku sudah melihat susuk tubuh Syarul yang sedang bermandikan peluh itu. Baju kuning yang dipakainya itu begitu padan sekali dikenakan dengan seluar pendek putih paras lutut. Memanglah menarik kalau aku sudah suka tu!

“Siapa tu? Kecil-kecil pun kuat juga ya?”Nonis bertanya sambil menunjuk kepada Syarul. Aku mengerling kepada Nonis, memahami tindakannya itu. Kau memang terbaiklah Nonis! Nonis menjeling kepadaku, seolah-olah berkata ‘aku sudah pun tolong kau’. Tapi memang benar pun, Syarul yang bertubuh kecil molek itu sememangnya agak bertenaga untuk bermain tenis yang bagi aku sangat memenatkan ini.
 
“Dia kecil, tapi dia sudah tahun ketiga. Satu course dengan I, kami pun sekelas juga.” Balas Hisyam. Aku tersedak. Tahun ketiga? Alamak, tua daripada aku rupanya. Ingat sebaya, tak pun muda lagi. Baru nak berlagak jadi senior.

“Tapi kenapa dia bermain di situ? Bukan ke tu kawasan latihan untuk budak-budak junior?” Berdasarkan soal-selidik yang aku dapat tadi, aku mula bertanya. Hisyam tersenyum lebar.

“Dia sedang mengajar budak-budak junior lah tu… Syarul tu pengerusi Kelab Tenis semester ni.” Hisyam bercerita lagi. Aku meneguk air liur. Si kecik tu pengerusi Kelab Tenis? Biar betul? Aku memandang kepadanya dengan rasa tidak percaya.

“Hei Hisyam! Bawa girlfriend datang sini saja lah tu nak kasi tayang kat aku!” Syarul yang sedang sibuk bermain tadi menjerit sambil melepaskan tawa. Tangannya masih sibuk membalas pukulan-pukulan bola tenis itu. Aku tersentak. Adakah dia perasan kami di sini? Dia perasan aku ke? Perasankah dia akanku? Aku diperasan olehnya kah? Ahhh…apa aku mengarut ni? Macam ni pun kau dah gembirakah Dahlia?
Eh, sekejap. Bukankah tadi dia kata ‘girlfriend’? Maksud dia… Baru saja aku ingin membuka mulut untuk mengatakan ‘aku single’ untuk kali kedua kepadanya, Hisyam terlebih dahulu menjerit kepada Syarul. “Aku kena reject, bro! Frust sangat, aku tukar kerja jadi pemandu pelancong la!”

Aku tersentak. Kupandang wajah Hisyam. Oh, terima kasih kerana memberitahu perkara yang sebenar. Baik betul kau Hisyam. Aku kembali memandang ke arah Syarul. Eh, dia sudah mula berlari…ke arahku? Sekejap saja tubuhnya itu berdiri di hadapanku. Tercungap-cungap dia kerana memecut hampir 100 meter tadi.
“Biar betul awak reject dia? Hisyam ni bukan main handsome lagi!” Kata Syarul dengan nada terkejut. Aku memandang ke wajahnya. Handsome pun buat apa kalau wajah kau juga yang aku nak tatap…

“Dah la permain terbaik tenis. Berkaliber lagi!” Tambah Syarul. Wajahnya itu masih kutatap. Apa aku kisah dia permain terbaik ke tidak. Bukannya aku minat tenis pun.

“Paling bijak dalam kelas pula tu! Padan sangatlah dengan awak.” Sekali lagi Syarul memuji. Kalau paling bijak dalam dunia ni pun, apa aku kisah? Aku suka kau lah Syarul! Mahu sahaja aku menjerit di situ. Tapi aku masih waras. Entah Syarul sudah berpunya mahupun belum. Aku cepat-cepat berdoa agar dia masih ‘single’.
“Syarul. Kau ni, saja je nak kenakan aku kan… Buat malu je.” Bahu Syarul ditepuk oleh Hisyam. Ketinggian Syarul hanyalah pada paras hidung Hisyam. Bagaikan abang dan adik, lagak mereka berdua bergurau senda mengasyikkan aku. Melihat Hisyam memukul lembut Syarul, dan melihat Syarul yang tergelak gembira membuatkan aku sedikit cemburu. Mereka bukan gay kan?


p/s : best kn novel nim..teruja aku ahakk!!! kalo u all nk thu smbungan nye u all klik SINI


ZZzzzzZZ...layan jew...wssalamm

No comments: