SWEET COUPLE

Dara terbersin apabila debu yang disapunya berterbangan ke mukanya. Dia menyapu mukanya dengan hujung lengan baju kurungnya. Bodoh punya habuk. Bawak s i a l betul. Malas aku nak bersih kelas. Dara mencampakkan feather duster ke lantai. Dia menarik kerusi sambil mendengus.

"Dara, asal tak buat tugas?! Hari ni ko duty, okay? Pergi cuci tingkap!" marah ketua tingkatannya, Azmir.
"Ko ingat cuci tingkap kerja pompuan? Yang ko bagi aku kerja tu buat apa? Tukar orang lainlah, okay? Dahlah berdebu, buat aku bersin lak tuh!"
"Oi, yang ko gi cuci dengan feather duster tu buat apa?? Cucilah dengan kain!"
"Diamlah! Menyampahlah aku dengan ko ni. Irritating okay? Annoying!" Dara terus membuka buku latihan Matematik Tambahannya. Kerja rumah semalam dibuatnya.

Azmir hanya mencebik. Meluat dengan perangai Dara. Nama aje Dara tapi perangai tak de langsung macam anak dara. Piiraah! Kerja camtu pun malas nak buat. Pemalas! Azmir terus berlalu pergi. Dara hanya tersengih sendirian, gembira dengan kemenangannya menghalau Azmir. Menyampah. Suka sangat membebel.

REHAT TIME....

"Woh, banyak makan Dara? Kang badan naik tak takut ke?" perli Suraida.

Dara menjeling. Dia terus menikmati hidangan nasi lemak masakan mak cik kantin sekolahnya. Boleh tahan apa. Di sampingnya, air sirap segelas dan sebiji burger. Nampak sangat macam orang tak makan sepuluh hari. Sebok je budak ni. Bila dia and the gang ada, baru sebok nak perli orang. Kalau sorang-sorang tu, tersengih-sengih pandang aku.

"Boleh kitorang joint?" tanya Suraida lagi.

Dara buat tak tahu. Dia menghabiskan baki nasi lemaknya. Air sirap diteguknya. Dengan selamba dia membuka plastik yang membaluti burger ayam itu. Rakannya, Izzati di sebelah hanya tersenyum. Suraida mula bengang. Hasratnya untuk menyakitkan hati Dara masih belum tercapai.

"Aaah, kenyangnya. Jom Zati. Kita gi balik kelas." ajak Dara.
"Okay." Izzati tersenyum.
"Ape cite ni, Su? Dia selamba jek." bisik Miza, rakan Suraida.
"Oi, pelahap. Nasi aku tak habislah. Ko nak telan tak? Tolong habiskan sisa-sisa nasik aku ni. Free of charge!" ujar Suraida dengan suara yang lantang. Pelajar-pelajar yang duduk berdekatan dengannya hanya merenung mereka.
"Zati. Asal ko tak gitau aku ada budak baru masuk sekolah kita?" kata Dara dengan kuat.
"Budak baru? Sapa?" Izzati betul-betul bingung.
"Ala, ko ni. Kan si gedik tu panggil nama 'Pelahap'. So, aku tanyalah ko ada ke budak baru nama 'Pelahap'?"
"Ooooh. Entah. Adik dia kot?" balas Izzati.

Mereka ketawa. Suraida mendengus. Dia betul-betul marah dan bengang. Dia mengambil gelasnya yang berisi air sirap dan bergegas menuju ke arah Dara. Miza cuba untuk menghalangnya tetapi Suraida lebih pantas. Dia menyimbah Dara dengan air sirap. Dara terkejut. Suraida's Gang semuanya tergamam dengan tindakan Suraida.

"Pehal ko ni, hah!!" jerit Dara.

Suraida tersentak. Dia tersedar dari dirinya sendiri. Aah, apa aku dah buat ni? Mampus aku cari pasal dengan dia ni. Izzati senyap saja. Semua mata tertumpu pada mereka berdua. Tak de sorang pun yang berani masuk campur kerana mereka sudah maklum dengan perangai Dara. Degil, agresif dan takkan teragak-agak untuk melakukan sesuatu. Meskipun begitu, Dara tetap okay kalau orang tak aniaya dia.

"Er, aku silap orang..." jawab Suraida terketar-ketar.
"Silap orang ke atau mata ko yang dah buta?!" Dara menolak bahu Suraida.
"A..aku mintak maaf.."

Pang!! Dara menampar muka Suraida sekuat hatinya. Kalau boleh, dia nak belasah terus je budak gedik ni. Suraida mengusap pipinya. Air matanya mengalir membasahi pipi. Dia berlari menuju ke tandas. Perasaannya berbaur malu dan sedih.

"Hoi. Apsal ko tampar awek aku hah?"

Dara mencebik. Kacau daun betul mamat sekor ni. Dia tak nampak ke apa yang awek dia dah buat kat aku? Still nak backing awek dia. Dara menunjukkan bajunya yang basah kuyup. Razif hanya tersenyum sinis.

"Aku nampak ko punye baju kurung. Basah. Tapi, pesal ko tampar awek aku? Ko nak makan penumbuk aku ke?" balas Razif, sinis.
"Buta kot ko ni. Ko tak nampak ke awek ko dah simbah air kat aku? Sirap pulak tu. Hey, aku tak terhingin la nak makan penumbuk ko tu. Bau busuk. Tangan ko tu dok pegang Suraida je, sebab tu la bau hapak!!" ujar Dara.
"s i a l , ambik ko!" Razif cuba menumbuk muka Dara tetapi Dara sempat mengelak. Tangan Razif dipegang dan kilas ke belakang. Kaki Razif ditendang dan menyebabkan Razif berlutut.
"Hey, ko ni tak gentleman la. Ada ke patut pompuan pun ko nak belasah? Chicken! Ini hal antara aku dengan Suraida, ko tak layak campur!"

Dara menendang belakang Razif. Razif jatuh tersungkur. Mukanya merah padam. Dia malu! Cis, pompuan ni dah kurang ajar! Berani dia malukan aku kat khalayak ramai. Razif bangun, dia tak nak mengalah. Dia ingin menumbuk muka Dara sekali lagi, sampai boleh.

"Hey, someone please! Selesaikan diorang ni!"
"Panggil cikgu!"
"Diamlah, syok apa tengok dorang gaduh."
"Hei, jangan tumbuk Dara!"

Dushh!!!
Semua tergamam. Razif tersentak. Dara hanya tersenyum sinis. Kesian mamat ni. Sabar jelah aku. Nik Azri jatuh terduduk. Bibirnya berdarah akibat ditumbuk oleh Razif. Dia mengusap bibirnya sambil mengaduh sakit.

"Penyeboklah ko ni!!" marah Razif. Kacau daun betul. Kalau dia tak datang, mesti aku dah boleh tumbuk muka Dara tu.

"Dara, awak okay?" tanya Nik Azri.
"Azri? Patut aku yang tanya ko. Apsal ko tetiba muncul cari penyakit ni? I don't need your help!" kata Dara.
"Ouch. Sakit awak tau tak? At least, berterima kasihlah sikit..." Nik Azri tunduk. Cermin matanya masih di lantai. Dara tersenyum sikit. Dia mengutip cermin mata Nik Azri.
"Nah!"
"Terima kasih!" Nik Azri tersenyum.
"Hoi! Menyampah aku tengok korang berdua! Dara, you watch out! Aku akan kenakan ko balik! Oi pondan, ko pergilah jaga diri ko sendiri, sebelum ko nak jaga budak ni!" Razif terus blah.

Dara mendengus. Ala, tak takut pun. Aku kenakan ko dulu...sebelum ko kenakan aku! Ni semua pasal Suraida bangang. Si Azri ni pun satu.Huh!

"Dara, cepatlah balik kelas sebelum cikgu datang." ajak Izzati.
"Ye ar."
"Dara, saya nak ikut." Nik Azri tersenyum sambil membetulkan speknya yang sedikit senget. "Boleh?"
"Hm.."

Dara berjalan menuju ke kelasnya diiringi oleh Izzati dan Nik Azri. Nik Azri asyik tersenyum saja, mungkin sebab dapat berjalan beriringan dengan Dara. Dia memang sukakan Dara tetapi Dara je yang tak sukakan dia. Katanya, Nik Azri ni pondan. Lembik. Lemah lembut. Tapi, Nik Azri tak kisah. Dia betul-betul sukakan Dara. Dia juga cuba berusaha untuk mengubah dirinya menjadi lelaki sejati...tetapi susah sikit dan mungkin ianya akan mengambil masa.

"Oi, kelas ko dah lepas. Pesal jalan dengan aku lagi ni?" tanya Dara tanpa memandang muka Nik Azri.
"Tak pe. Saya tak kisah. Saya suka jalan dengan Dara." Nik Azri tersenyum lagi.
"He,he. Comelnya Azri ni." Sampuk Izzati.
"Urgh! Azri, boleh tak jangan cakap macam tu?"
"Cakap apa?" Nik Azri menggaru kepalanya.

Dara ketawa kecil. Kadang-kadang dia terfikir jugak, Azri ni memang cute, handsome. Cuma kelakuan dan sifatnya yang ladylike tu yang menyebabkan macho dan handsomenya hilang dibawa angin yang lalu.

"Saya nak balik dengan awak hari ni. Boleh tak?"
"Asal pulak?" Dara mencebik.
"Sebab saya takut Razif kacau awak. At least, saya boleh tolong awak."
"Ha! Ha! Ha! Kelakarnya. Azri, terima kasih jelah. Aku boleh take care diri aku ni. I'm a big girl, okay?"
"Tapi, dia lelaki."
"Are you?" Dara tersenyum sinis.

Nik Azri terdiam. Dia betul-betul terasa dengan kata-kata Dara tadi. 'Are you? Are you? Are you?' Dia betul-betul sedih kerana Dara tidak yakin dengan dirinya. Dia tahu dia lembik tapi dia ikhlas untuk membantu Dara, melindungi Dara. Tetapi, Dara buat-buat tak endah je. Tak pe, aku akan pikat dia jugak!
Izzati menyiku lengan Dara. Dia menyuruh Dara meminta maaf daripada Nik Azri. Dara jungkit bahu sambil tersenyum. Dia ketawa kecil melihat muka Nik Azri yang monyok. Alahai, dia ni...

"Azri, aku mintak maaf. Jangan ambik hati okay? Aku tunggu ko kat kantin. Kita balik sama-sama." Dara memeluk bahu Nik Azri dengan selamba. Dia memang selamba dengan Nik Azri. Cakap main lepas. Dia selalu peluk bahu Nik Azri kalau dia nak pujuk Nik Azri. Mungkin sebab dia rasa Nik Azri ni lembut, macam pompuan. Dia selamba peluk. Dia tak kisah sangat dengan Nik Azri. "Hei, Nik. Merajuk lagi ke?"
"Eh, tak delah. Saya okay." Nik Azri tersenyum. Dia suka apabila Dara memeluknya. Biarpun hanya bahu tapi dia suka. HAPPY. "Tunggu saya kat kantin ye."
"Okay, intan payungku. Tuan puteriku." Dara tergelak kecil. "Byebye."

Nik Azri melambai tangannya sambil tersengih. Yea, yea!

SURAIDA'S STORY...??

"Isk...isk...! Uhuk..!" Suraida mengusap air matanya dengan tisu. Dia tak nak keluar dari tandas! No way! Aku tunggu sampai balik baru aku keluar. Mujurlah pada masa itu takde orang yang nak melepas.
"Aida..Aida! Are you there?"

Razif? Buat apa dia masuk tandas pompuan ni? Tak takut ke kalau cikgu nampak?? Suraida membuka pintu tandas. Razif tersenyum memandangnya.

"Don't worry. NOBODY see me. You okay ke?" Razif mengusap pipi Suraida. "I betul-betul marah dengan Dara tu. s i a l betul pompuan tu. Dia tak patut tampar you."
"Hm." Suraida diam. Tiba-tiba dia terdengar bunyi derapan tapak kaki. Dia segera menarik Razif masuk ke dalam tandas dan terus menyelak pintu tandas itu. "Syy. Nanti apa diorang kata."

Razif hanya jungkit bahu. Dia duduk mencangkung. Suraida masih lagi berdiri. Alamak. Ada orang masuklah. Sapalah yang nak melabur ni?

"Ya, Dara tu kasar sikit tapi dia okay kalau kena caranya."
"Hm, salah Suraida gak. Yang dia gi simbah air tu buat apa? Bukannya dia tak kenal Dara?"
"Bengang kot. Diorang duakan selalu gaduh. Darakan lebih cun dari dia."
"Ha. Ha. You're right!"

Selepas kedua-dua pelajar itu keluar dari tandas, Suraida menumbuk-numbuk pintu tandas. s i a l ! s i a l ! Dara lebih cun? Sapa kata??? Razif memegang kedua-dua belah tangan Suraida. Dia merenung mata Suraida. Suraida tergamam.

"You lebih cantik dari dia. Trust me. Kalau tak, macam mana I boleh sukakan you?"
"Em.." Suraida tunduk.
"You know what...you are really beautiful..." Razif memeluk pinggang Suraida kemas. Dia mengusap pipi dan bibir Suraida. "I love YOU!"
"Razif..!"

Razif mencium bibir Suraida dengan ghairah. Dia memeluk Suraida dengan kuat. Suraida tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya merelakan Razif. Kalau dia meronta, dia takut ada orang lain dengar apa yang mereka buat. Razif betul-betul khayal....

AFTER SCHOOL.....

Hm! Mana Dara ni? Lambat betul. Dah 10 minit orang tunggu. Tak muncul-muncul. Entah-entah dia kenakan aku tak? Tak mungkin! Dia taklah sejahat itu. Dia baik terhadap aku. Hm! Nik Azri mundar-mandir. Tiba-tiba lengannya disentap.

"Sorry! Aku lambat sebab kena lecture dengan HM pasal aku dengan Suraida tu. Ko marah ke?"
"Taklah. Saya takkan marah awak."
"Okay, let’s go!" Dara menarik lengan sasa Nik Azri.

Nik Azri hanya memandang Dara sambil tersenyum. Comel betul muka dia. Dara mengunyah gums yang dibelinya di kantin tadi. Dia perasan yang Nik Azri sedang memandangnya. Dia hanya ketawa kecil.

"Kenapa gelak?" tanya Nik Azri.
"Suka hati akulah." balas Dara.
"Em, Dara tak suka jalan dengan saya ke?"
"Ko ni, jangan cakap dengan aku macam tu boleh tak??"
"Sorry..."

Tiba-tiba, Dara terasa kepalanya dihentak. Dia jatuh tersungkur. Matanya berpinar-pinar. Uh, sakitnya. Eh, darah...! Sapa punya kerja ni? Nik Azri segera membantu Dara berdiri. Dara masih tidak dapat mengimbangkan dirinya. Bangang!

"Kesiannya. Nampaknya, si pondan ni dah jadi bodygurad ko la ye?" sindir Razif sambil ketawa. Tangan kanannya memegang sebatang kayu.
"Pengecut! Ko memang pengecut! Kalau ko berani sangat, ko tak patut pukul aku dari belakang! Kita lawanlah!" ujar Dara. Kepalanya terasa pening. Isk, kuat betul budak ni pukul aku. Mau jadi tolol aku...
"Awak okay, Dara?" tanya Nik Azri cemas. Jahat betul Razif ni.
"Aku peninglah. Ko tak nampak ke??" Suara Dara terketar-ketar. Dia jatuh terduduk sambil memegang belakang kepalanya.
"Razif! Ko ni memalukanlah! Yang ko gi pukul dia kenapa?" marah Nik Azri. Tetapi, dia masih teragak-agak untuk bertindak ke atas Razif.

Razif mencebik. Dia mendekati Nik Azri lalu mencekup kolar bajunya. Nik Azri tersentak. Alamak! Mampus..! Razif mengetap bibirnya. Dia menumbuk rusuk Nik Azri. Nik Azri jatuh tersungkur. Ergh! Sakitnya, boleh jadi arwah aku ni.

"Oi, ini hal aku dengan ko. Jangan ko nak belasah dia ni pulak!" Dara mendengus.
"Hah.. kesian aku tengok korang dua ni. Heh, Azri. Ko belajarlah jadi lelaki ye. Suruh Dara jadi cikgu ko!" Razif menendang perut Nik Azri. Dia menghidupkan enjin motornya dan terus berlalu pergi.
"Ko okay ke?"
"Saya okay.." Nik Azri mengusap perutnya. Sakitnye..!

Dara tidak dapat bertahan lagi. Kepala dia terasa sakit sangat. Dia jatuh pengsan. Darah banyak keluar dari kepalanya. Nik Azri tergamam. Dia panik. Dara pengsan! Nak buat macam mana? Takkan nak tinggal dia kat sini sorang-sorang? Ah, angkat jelah.
Nik Azri mendukung Dara. Beg sekolah Dara disandang di bahu kirinya. Mujurlah dalam perjalanannya ke rumah Dara, Azmir lalu dengan motornya. Dia meminta Azmir menumpangkan mereka berdua.

"Okay. Ko pegang dia kuat-kuat."
"Yelah, saya peganglah ni." balas Nik Azri.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Azmir seraya memecut motornya.
"Razif punya kerjalah."
"Sapa suruh ko cari pasal dengan budak gangster tu? Tengok, Dara pulak terima akibatnya." marah Azmir.

Nik Azri hanya membisu. Dia ni kalau tak tahu apa-apa janganlah nak marah orang. Kesian Dara. Isk, ni tak boleh jadi ni. Baik terus gi hospital. Bibir dia dah jadi biru...

"Mir, pergi hospital terus! Dara dah teruk ni!"
"Ha..!"

RAZIF'S STORY...

Razif balik ke rumahnya dengan gembira. Padan muka Dara dengan Azri tu. Puas hati aku. Hee, kalau Azri tak de tadi bolehlah aku rogol Dara tu. Dia tu lagi cun dari si Suraida. Ha,ha,ha! Thanks to you, Dara! Kalau tak dapat tidur dengan Suraida pun, sentuh badan dia pun menjadilah. Si pondan tu memang menyebok. Berkepit dengan Dara 24 jam.

"Razif!!"
"Ya, ayah!" Ok ow. Dah mai dah...
"Sini kau! Asal ko bawak motor aku gi sekolah? Motor ko kan ada!" tengking ayahnya, Hazim.
"Razif mintak maaf ayah. Pagi tadi Razif bangun lewat. Lagipun, motor Razif pancit jadi Razif ambiklah motor ayah kejap. Ayah cutikan?" jawab Razif.
"Kepala hotak kau! Aku kerjalah hari ni. Pasal kaulah aku tak dapat gi kerja. Gaji tak dapat. Hari ni ko tak yah makan!" marah Hazim. Hazim terus blah dengan motornya.

Razif mengeluh. Kantoi aku. Gatal sangat nak naik motor orang tua tu. Nasib baik dia tak pukul aku. Isk, berlaparlah aku hari ni. Kalau mak ada, mesti best. Tapi, ayah cakap mak jahat. Mak lari dengan laki lain. Patut mak bawaklah aku sekali...

HOSPITAL....

Dara membuka matanya. Orang yang mula-mula sekali dia nampak ialah Nik Azri. Kepalanya masih sakit. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak terdaya. Nik Azri menggenggam tangannya. Eh, sejak bila mamat sekor ni jadi jiwang?

"Lega hati saya tengok awak dah bangun." ujar Nik Azri.
"Asal pulak? Lama sangat ke aku tidur?"
"Dah tiga hari, Dara." balas Nik Azri.
"Mak dan ayah mana?" tanya Dara.
"Diorang baru je balik."

Dara diam. Dia menarik tangannya dari genggaman Nik Azri. Nik Azri hanya tersenyum. Dara melihat sekeliling biliknya. Kedua-dua belah kiri kanannya ada pesakit. Hei, si Azri ni tak nak balik rumah ke?

"Ko ni tak nak balik rumah lagi ke? Takkan ko nak berkampung kat sini?"
"Tak pe. Saya takut Dara sunyi sorang-sorang kat sini."
"Adui..!" Dara mengusap kepalanya.
"Sakit ke? Saya panggil doktor."
"Azri! Tak payahlah. Lecehlah aku dengan doktor ni. Aku tak nak."bantah Dara.

Nik Azri duduk kembali di sisinya. Dia tersenyum merenung Dara. Dara naik rimas. Budak sekor ni tak boring ke dok tengok muka aku? Hee, macam manalah dia masa aku pengsan tiga hari ni. Dara terbatuk kecil.

"Saya suka awak. Kalau boleh saya nak awak jadi sorang pompuan yang lemah lembut." ujar Nik Azri. "Saya nak kahwin dengan awak."
"Azri?" Dara meletakkan tangannya di dahi Nik Azri. "Ko demam ke?"
"Tak. Saya serius. Dalam masa dua tahun ni, saya cuba nak ubah diri saya tapi susah.. saya tak dapat. Sifat saya dah macam ni. Tapi, saya akan cuba lagi... untuk Dara." Nik Azri tersenyum.

Dara pandang arah lain. Dia tidak berkata apa-apa. Terharu jugak kata-kata budak ni. Isk. Kalau nangis sekarang, nanti apa pulak dia kata? Nik Azri mengeluh.

"Hm, saya tahu Dara takkan sukakan saya. Saya tau apa orang akan kata. Tak pelah. Saya balik dulu. Mungkin Dara nak bersendirian..." Nik Azri bangun. "Byebye."
"Azri. Jangan balik...temankan aku kat sini." kata Dara akhirnya. Nik Azri tersenyum.
"Ya ke?"
"Ye ar. Citelah pape. Aku boringlah!"
"Okay!!"

SURAIDA'S STORY...

Suraida gigit bibir. Dia menilik lehernya di depan cermin. Ternyata kesan merah masih ada. Dia mencebik. Macam mana ni? Nasib baik tak de sapa yang perasan tadi. Habislah aku kalau mak bapak aku tahu. Ah, Razif jugak yang gian. Suraida menghempas badannya ke atas katil. Dia masih rasa tidak selesa di lehernya akibat love bite.

"Ahhh! Tensionnya aku!!" Suraida membaling bantal tidurnya tepat mengena jam locengnya. "Ek, patut aku tampar je dia tadi..."

TOK! TOKK!!

"Sapa??"
"Adiklah."
"Apsal?" Suraida bingkas bangun dari tempat tidurnya. "Ada apa?"
"Adik nak...eh, kenapa dengan leher kakak? Merah-merah? Tak sakit ke?" tanya Surina, adiknya yang berumur 12 tahun.
"Sakitlah! Ko ingat apa. Cepat cakap, nak apa!"
"Garangnye...er, tolong masak mi?" pinta Surina.
"Ish..."

TWO WEEKS LATER....

"Hah?? Ko mainkan aku ke??" jerit Dara.
"Tak. Saya cakap betul ni." balas Nik Azri. "Mungkin setahun..."

Dara terdiam. Dia duduk. Rambutnya dikuak ke belakang. Takkan dia kelentong, dia ni jujur...Ahhh!! Noo! Tidak!! Nehi!! Mo wa! Nik Azri duduk di sisi Dara.

"Nak buat macam mana Dara. Saya kena ikut family saya."
"Habis, SPM ko tak ambiklah?"
"Mestilah ambik. Saya pindah gi Sabah je." Nik Azri tersenyum.
"Nanti, aku tak dela kawan baik. Izzati sorang je ada. Ko dah nak blah."
"Happylah sikit. Saya tak nak tengok awak sedih."
"Nanti, tak de la orang yang saya nak sakat..." Dara meraut wajahnya.
"Apalah awak ni. Tau nak kacau saya aje." Nik Azri mencebik.

Wajah Dara tetap serius. Entah apa yang difikirnya. Nik Azri jadi serba salah. Kalau boleh dia tak nak ikut family dia. Dia nak tinggal dengan uncle dan auntienya di sini. Tapi, ayahnya tak bagi. Katanya, setahun je tak lama. Nanti baliklah. Senang je dia cakap ye. Dara menarik bahu Nik Azri. Nik Azri kelu.

"Jangan lupakan aku ye." Dara terus memeluk Nik Azri.
"Ek.." Nik Azri betul-betul terkejut. Lidahnya kelu. Badannya kaku.
"Aku sayangkan kau." ucap Dara. Dara masih lagi memeluk Nik Azri dan seperti tidak mahu melepaskan kawan baiknya itu.

Nik Azri tergamam. Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia sayangkan aku? Nik Azri cuba meleraikan pelukan Dara.

"Dara, tak eloklah macam ni..."
Dara diam.
"Dara."

Akhirnya, Dara meleraikan pelukannya. Dia menguakkan rambutnya ke belakang. Nik Azri membetulkan bajunya. Alamak, nak cakap ape dengan Dara ni? Silap cakap kang melenting pulak. Muka dia ni selamba je.

"Kenapa awak cakap macam tu tadi?" tanya Nik Azri.
"Cakap mende lak ni?"
"Yang awak sayangkan saya..."
"Salah ke?" Dara merenung Nik Azri. Nik Azri telan liur. "Hm, kalau aku start nak sukakan seseorang, orang yang yang aku suka tu mesti nak blah."
"Awak suka saya?"
"Ko ni baik sebenarnya. Cuma ko ni lembik. Cuba-cubalah buat angkat berat. Body ko okay ape. Tu yang aku pelik tu." luah Dara selamba. Nik Azri tersipu malu. "Kita couple?"
"Ha? Apa awak cakap tadi??" Nik Azri mengerutkan dahinya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Eh, aku dreaming kot? Nik Azri cubit pipi.
"Hoi, ko tak mimpilah! Ni kenyataan ko tau tak. So, ko nak ke tak nak? Kalau tak nak cakap je tak nak. Tak yah nak buat muka bodoh." Dara mencebik.
"Terbaliklah Dara. Patut saya yang mintak couple dengan awak. Em, saya nak couple dengan awak, boleh??" Nik Azri tersenyum.
"Aha, lawaknye." Dara ketawa kecil. Apelah budak ni. "Bolehlah."
"Yea, yea." Nik Azri tepuk tangan. Memang dasar lelaki lembut.
"Bila ko nak pindah?"
"Akhir bulan ni. Lepas birthday ko aku pergilah." ujar Nik Azri.
"Bila birthday aku?" duga Dara sambil tersengih.
"28/4."
"Ingat pun..." Dara menguis-nguis tanah di kakinya. "Wei, aku balik dululah. Nanti mak aku membebel pulak. Ko nak duduk sini ke?"
"Eh, tak pe. Kita balik sama-sama."

Dalam perjalanan mereka balik ke rumah, Razif datang mengganggu. Dia tersengih melihat Dara dari atas ke bawah dengan pandangan yang nakal. Dara mendengus. Dia terus menarik tangan Nik Azri. Razif buat-buat ketawa.

"Eh, eh. Nak ke mana tu pasangan merpati dua sejoli?" perli Razif.
"Nik, ko agak sapalah mak nenek yang tengah kecoh-kecoh tu? Tension betul aku." kata Dara sambil mencemikkan mukanya. Nik Azri hanya tersenyum.
"Hei, Dara. Apa yang best sangat ko lepak dengan budak pondan ni? Lepak dengan aku lagi bagus. Bolehlah kita... ehem..ehem..." Razif ketawa.
"Eii, muka tak malu! Otak kuning! Kalau ko nak tau, Nik Azri ni pakwe aku okay? So, ko jangan nak cari pasal kacau kitorang. Kalau tak mampus ko." gertak Dara. "Jom Nik. Kita balik."

Razif mendengus. Dia menongkat motornya dan membetulkan rambut hitamnya yang berserabut itu. Jaga ko Dara. Aku betul-betul bengang dengan budak ni. Heh, heh. Mula-mula aku kerjakan si pondan ni dulu, lepas tu aku kenakan Dara pulak. Hah,ha,ha! Tunggulah ko! Razif berjalan menuju ke arah Nik Azri. Dia menarik kolar baju Nik Azri dan menyebabkan Nik Azri hampir tercekik. Perut Nik Azri ditumbuk dengan kuat. Nik Azri jatuh tertiarap.

"Hoi, setan! Pesal ko gi tumbuk dia hah?" jerit Dara. Dia mengangkat Nik Azri. Muka Nik Azri berkerut-kerut.
"Tak dela. Dia ni sebok sangat. Aku nak masuk line pun susah ko tau? Jadi, aku kenalah halau dia ni dulu." kata Razif.
"Ko okay ke?" tanya Dara sambil memeluk bahu Nik Azri.
"Okay...sakit sikit..."
"Hei, aku cabar ko lawan dengan aku. Kalau ko kalah, ko jangan kacau kitorang lagi, deal?" cabar Dara sambil tersenyum sinis.
"Kalau ko kalah?" sampuk Razif.
"Hm..." Dara diam. "Aku bayar kaulah.."
"Tak nak. Aku nak ko tidur dengan aku. Boleh? Kalau ko tak nak...aku boleh bunuh je si pondan ni. Ko jangan memain dengan aku. So, ko boleh buat pilihan sekarang." pinta Razif selamba.
"Dara, kita baliklah. Jangan buat sembarangan kalau tak yakin..." Nik Azri cuba mencelah tetapi dipotong Dara.
"Ko tak yakin dengan akulah ni??"
"Bukan, saya tak nak benda yang tak baik terjadi..." Nik Azri tunduk. "Dara, please? Kita balik..."
"Seboklah ko ni. Okay, aku setuju dengan ko." Dara menolak Nik Azri ke tepi.
"Dara! Saya tak nak tengok awak gaduh. Kita balik..!" Nik Azri menggenggam lengan Dara dengan kuat.
"Azri.."

Sedang mereka berdua bergaduh, Razif mengambil peluang ini untuk memukul Dara. Malangnya, Dara tak sempat mengelak. Razif berjaya menumbuk muka Dara. Nik Azri terkejut beruk. Dara mengusap pipinya sambil mengerang kesakitan. Razif tersenyum. Yes, ada harapan ni...

"Azri! Kan aku dah cakap...jangan bising! Aku tak boleh nak concentrate! Razif ni s i a l la. Ambik kesempatan..." rungut Dara.
"He,he." Eleh, kalau ko black belt pun, still tak leh challenge aku.

Dara mula membuka langkah. Matanya melilau mencari sesuatu. Dia tersenyum apabila benda yang diingininya dijumpai. Dia mendekati Razif perlahan-lahan. Isk, aku kena betul-betul kali ni. Kalau tak, kantoi aku. Dia lelaki, aku perempuan. Sehebat mana aku pun, aku tak leh menandingi lelaki. Dara mula menghayunkan tumbukannya ke muka Razif bertubi-tubi. Pada mulanya, Razif dapat mengelak dan menahan segala asakan Dara. Tetapi, lama-kelamaan dia tidak dapat bertahan dengan asakan Dara yang semakin mengganas. Mukanya ditumbuk kuat. Selepas tumbukannya mengena, Dara membuat side kick tepat mengena rusuk Razif. Razif duduk merengkot.

"Dara, tumbuk kuat lagi!" ujar Nik Azri, cuba memberi semangat.
"Cayalah kat aku, okay." Dara menunjuk ibu jarinya.

Razif cuba menggagahi dirinya untuk bangun. Rusuknya terasa bisa akibat ditendang oleh Dara. Dara tersenyum. Tanpa menunggu reaksi daripada Razif, dia terus menumbuk belakang Razif. Razif jatuh tertiarap. Kayu yang berada tidak jauh dari mereka diambil oleh Dara.

"Erk, sakit siot. Dara...sat! Jangan....aku sakit...!" Razif terbatuk-batuk.
"Hei, ko ingat aku percaya kat ko? Takkan ko dah sakit teruk. Ko lelaki! Dah ar, aku nak habiskan fight ni." Dara menghayunkan kayu itu dengan sekuat-kuat hatinya. Dia menghayunkan kayu itu tepat ke perut Razif tetapi Razif pantas menahan kayu itu.
"A'ah. Ko perlu ingat, aku lelaki." Razif menarik kayu itu dari tangan Dara. Tangan Dara luka sedikit.
"Aku boleh nampak.." Dara berundur ke belakang.
"Okay! Ready? Aku nak hayun kayu ni ke kepala ko!"
"Isk!" Dara menggenggam tangannya.
"HOI RAZIF!!"
"Hah?"

Hazim, bapak Razif menyinsingkan lengan bajunya. Dia betul-betul berang dengan kelakuan anak tunggalnya yang melampau itu. Hati Razif berdebar-debar. Kecut perutnya melihat ayahnya datang ke mari. Kayu di tangannya dilepaskan.

"Ko dah tak de kerja lain ke? Yang ko pergi bergaduh dengan anak orang ni pehal?" Hazim menarik rambut anaknya. Razif mengaduh sakit. "Balik! Kau ni memang nak kena ajar!"
"Ayah! Mintak maaf ayah. Ek, kitorang memain je..."
"Main-main kepala hotak kau! Kau ni nak jadi macam mak kau ke? Tak bermoral!" tengking Hazim.

Dara terkedu. Nik Azri lagilah. Matanya tidak berkedip langsung memandang insiden di depan mata. Razif menghidupkan motornya. Wajahnya masam mencuka. Dia hanya merenung Dara dengan pandangan yang kosong. Kemudian dia memecut motornya mengekori ayahnya.

"Ek, garangnya bapak dia..." kata Dara.
"Nasib baik bapak dia datang, saya dah bimbang tadi." Nik Azri tersenyum.
"Ko ni bimbang sangat. Jom balik!"

Dara memandang bayangan Razif sekilas. Kesiannya. Agaknya sebab bapak dia garang sangat dia jadi macam tu. Mak pulak tak de. Razif ni dah betul-betul bermasalah mental dan emosi. Hm...

"Kenapa Dara?" tanya Nik Azri.
"Tak de apa-apalah...."
"Cepatlah jalan, Dara. Dah nak gelap ni!" Nik Azri menarik tangan Dara.
"Yelah!" Dara mencebik.

DARA AND RAZIF...

"Razif, aku nak cakap dengan ko kejap?" panggil Dara.
"Ha, cakap apa?" tanya Razif sambil membelakangi Dara.
"Boleh tak ko tengok aku? Aku benci orang belakangkan aku bila aku bercakap."
"Okay, cakaplah!" Razif merenung Dara dengan tajam.

Dara mengeluh lega. Okay, dia tak melenting. Maybe mood dia baik kot hari ni. Sapa tau? Dara menarik nafas. Dia menyusun ayat untuk diluahkan kepada Razif. Takut melenting pulak...

"Ko ada problem ke?" tanya Dara.
"Asal ko sebok?" Razif pandang ke arah lain.
"Aku tengok ko ni bermasalah betul. Kalau ada apa-apa, bitau aku."
"Ha? Aku rasa aku tak korek telingalah semalam. Sebab tu telinga aku tersumbat. Okaylah Dara. Aku blah dulu." Razif mendengus.

Dara menarik lengan Razif. Dia benci kalau orang tinggalkan dia macam tu masa dia tengah bercakap. Razif mengerutkan dahinya tanda tidak senang.

"Hoi, pehal ni Dara?"
"Aku tau ko ni ada problem. Sebab tu ko teruk gile. Takde moral! Betul apa yang ayah ko cakap. Ha, aku taulah apa yang terjadi antara ko dengan Suraida hari tu. So, ko fikirlah sendiri. Apa ko punye problem. Kalau ko tak kisah, kiranya ko tak kisahlah kat diri ko tu. Nak jadi sampah!" ujar Dara dengan kasar. Tetapi, dia tetap selamba walaupun dia perasan wajah Razif dah berubah.
"Ko tak kenal aku Dara. Jangan campur urusan aku okay!"
"Fine!" Dara jungkit bahu sambil tersenyum sinis. Kemudian dia terus berlalu pergi.

Razif terkedu. Dia terdiam memikirkan kembali kata-kata Dara. Ek, kenapa dia ambik berat kat aku pulak? Sebelum ni dia selalu cari gaduh dengan aku. Mesti ada apa-apa ni? Ah, wat pe aku peningkan kepala? Busy bodylah dia tu! Razif berjalan masuk ke kelas.

IT IS TIME TO LEAVE....

Dara merenung kosong ke arah Azri. Dia tak tahu nak cakap apa. Tambahan pula, semua family Azri ada kat situ. Kebanyakan masa dia hanya mendiamkan diri saja. Nik Azri faham apa yang bermain di fikiran Dara. Tetapi, dia takut untuk memujuk Dara. Maklumlah, dia tak de experience.

"Bye Azri. Jangan lupakan aku okay?" ucap Dara.
"Saya akan ingat awak sampai bila-bila. Hmm, saya ada benda untuk awak."
"Amende lak ni?"
"Nah. Saya harap awak suka." Nik Azri menunjukkan rantai emas yang dibelinya. Di hujung rantai itu ada ukiran berbentuk hati dan sebentuk berlian di tengah hati itu. Romantik betul Nik Azri ni. "Saya nak awak pakai. So, awak takkan lupakan saya."
"Ek, macam mahal je. Aku tak pernah pakai la barang macam ni..." keluh Dara.
"Meh saya pakaikan. Mesti cantik dengan awak." Nik Azri tidak mengendahkan keluhan Dara. Dia terus memakaikan rantai emas pada leher Dara.
"Ek...terima kasih..."
"Cantiknya Dara ni."
"Azri! Cepatlah, dah nak bertolak dah ni!" panggil ayahnya.
"Dara, saya pergi dulu. Er..." Nik Azri meraut mukanya. "Saya cintakan awak."

Dara terpampan. Mukanya terasa panas. Dia mengusap rambutnya. Nik Azri hanya tersenyum manis. Dia menggenggam erat jari jemari Dara.

"Tunggu saya..." bisik Nik Azri.
"Aa.."
"Bye..."
"Bye..Azri..." Dara tersenyum.

Seketika kemudian, kedengaran bunyi deruman kereta Honda Civic kepunyaan ayah Nik Azri. Nik Azri melambaikan tangannya. Dara membalas lambaian Nik Azri. Dara merenung kereta Honda Civic sehingga ianya hilang daripada pandangannya.

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN...

“Dara, aku nak cakap dengan kau kejap boleh?”
“Hm, kenapa?”

Izzati hanya merenung Dara. Kemudian, dia menepuk Dara dan memberi isyarat yang dia akan menunggu Dara di luar pagar. Dara hanya mengangguk.

“Cakaplah. Aku kena cepat ni.”
“Boleh petang ni kita jumpa? Aku nak cakap dengan kau. Aku betul-betul nak cakap dengan kau.” Pujuk Razif.
“Petang ni?” Dara mengeluh.
“Please? Kau kata kau akan tolong aku.”
“Hmm, okaylah!” Dara mendengus.
“Cool! Aku jumpa kau kat depan rumah kau, then kita pergi sama-sama.”
“Bye!”

Dara berlari mendapatkan Izzati. Izzati tersenyum memandang Dara.

“Kenapa? Macam penting je?”
“Tak de pape. Dia nak bincang masalah dia petang ni.” Balas Dara. “Petang ni aku terpaksa gi jumpa dia. Malas betul.”
“Jumpa ajelah. Dengar kata, dia dah broke up dengan Suraida? Tak tahu kenapa? Tapi, aku ada dengar jugak Suraida cakap dengan geng dia pasal Razif. Kutuk bukan main! Kesian jugak.” Kata Izzati.
“Hm, gitu ke?”
“Oh ya, Azri ada call kau?” tanya Izzati.
“Yap! Every week sure Azri call. Tak pernah miss. Dia kata lepas dia balik dia nak bagi hadiah kat aku. Dia kata mesti aku terkejut punya.”
“Wow, romantiknya dia?” Izzati tersenyum manis.

Mereka berdua berbual-bual sehingga sampai di depan rumah Dara. Dara mengucapkan selamat jalan kepada kawan baiknya. Dia masuk ke dalam rumahnya. Ibunya tersenyum memandang Dara. Makanan tengah hari sudah siap terhidang. Ayah Dara sudah pun duduk di meja makan, menunggu puteri kesayangan mereka pulang.

“Dara, cepat salin baju. Nanti boleh makan sama-sama.” Ujar ibunya.
“Kejap mak.”

Dara meluru naik ke tingkat atas. Dia mandi dengan tergesa-gesa. Sabun pun tak taruk. Dia memakai baju Tshirt dengan seluar denim separuh lutut.

“Dara, ni ada surat dari Sabah. Azri kot?” Ibunya menghulurkan sampul surat berwarna coklat kepada Dara.
“Yay! Azri hantar surat! Bulan ni punya. He,he.” Dara tersenyum sambil membuka suratnya. Dia membaca surat Azri sambil tersengih. Happy sangat.
“Apa dia kata?” tanya ayah Dara sambil menyedok sup sayur.
“Dia kata, cuti bulan sembilan ni dia balik. Dia nak bagi Dara hadiah! Special and surprising! He,he.” Dara melipat kembali suret Azri dan memasukkannya ke dalam sampul surat tadi. Kemudian, dia duduk untuk menikmati makanan tengah hari.

Pada petang itu, Dara menunggu Razif di depan rumahnya. Lembab betul budak ni. Buat apa entah. Ni yang aku malas ni. Kalau aku tidur sekarang, bagus jugak. Ibunya yang sedang menyiram pokok bunga hanya memandang Dara.

“Tunggu siapa?”
“Razif.”
“Razif?”
“Yap! Kawan sekolah.”
“Hai Dara!” tiba-tiba Razif muncul. Dara memandangnya sekilas. Camne aku tak dengar bunyi motor dia ni? Razif turun dari motornya. Dia menuju ke arah ibu Dara dan menghulurkan tangannya. “Apa khabar mak cik?”
“Khabar baik. Kawan Dara ya?” Ibu tersenyum.
“Ya. Boleh saya nak keluar dengan Dara kejap? Saya ada hal nak bincang dengan dia.” Razif tersenyum.
“Boleh…Dara! Jangan balik lambat sangat ya. Sebelum pukul 7 mesti dah ada kat rumah!” tegas ibunya.
“Dara, jom pergi. Naiklah motor aku ni, okay?” Razif tersenyum.
“No thanks! Aku naik roller blade je.” Ujar Dara terus berlalu pergi.
“So, kita pergi kat padang tu okay.”
“Okay.”

Mereka sampai di padang permainan. Dara duduk di atas bangku. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dadanya turun naik. Dia tercungap-cungap kepenatan. Kurang asam betul Razif ni. Paksa aku berlumba dengan dia lak!

“Dara, jom duduk kat situ! Terlindung sikit. Kat sini ramai oranglah.” Razif menarik lengan Dara dengan selamba. Dara mencebik.
“So, apa yang kau nak bincangkan?” tanya Dara seraya melabuhkan punggungnya.
“Hm..” Razif menggaru kepalanya.
“Razif, aku terima surat dari Azri hari ni. Dia nak balik bulan depan! Cuti bulan sembilan ni! Eei, bestnya!” Dara tersenyum lebar.
“Oh, budak pondan tu?” balas Razif acuh tak acuh. “Dara, aku nak cakap dengan kau sikit.”
“Cakap ajelah. Malaslah aku kalau lambat-lambat ni.”
“Aku ….um…”
“Hm, aku balik dululah okay? Nanti aku nak call Azri lak.” Dara bangun tetapi Razif menarik lengan Dara menyebabkan Dara terduduk. “Sakit, bodoh! Adei..”
“Oh, sorry. Aku dah lama nak cakap tapi aku takutlah.” Razif menggaru kepalanya. “Aku ni…aku ni ….isk…”
“Kau tak cakap aku blah.”
“Okay! Okay! Aku suka kat kau. Boleh tak kalau kau…dump Azri?” ujar Razif tanpa memandang muka Dara.

Dara terkedu. Matanya tajam merenung muka Razif. Dia suka aku? Lepas tu senang-senang suruh aku dump Azri? Sedapnya mulut dia ni. Eiii!

“Kau sedap je suruh aku dump Azri? Dahlah, aku nak balik!!” Dara yang masih dalam keadaan terkejut terkial-kial untuk bangun tetapi Razif menarik bahu Dara.
“Kau bagilah aku peluang. Kau kata kau nak tolong aku?” Razif menggenggam tangan Dara dengan erat.
“Tapi, aku tak pernah sukakan kau! Aku suka Nik Azri sorang aje!” Dara cuba meleraikan genggaman Razif tetapi tidak berjaya. “Razif, kau cariklah orang lain! Cepatlah, lepaskan tangan aku ni. Aku nak balik!!”
“Dara, aku takkan lepaskan kau selagi kau tak setuju.”
“Razif! Aku rasa kau ni ada masalah mental. Baik kau lepaskan tangan aku...”

Razif hanya tersenyum nakal. Dengan tidak disangka, Razif meluru ke arah Dara. Dia cuba memeluk Dara tetapi Dara berjaya mengelak. Dara segera menendang perut Razif dengan roller bladenya. Razif terduduk. Dia terbatuk-batuk sambil memegang perutnya.

“Jangan jumpa aku lagi.” Ujar Dara sambil menyepak rusuk Razif.
“Dara! Sorry…aku…Dara!!!”

Dara terus menyusur pergi. Dia malas nak fikir tentang hal tadi. Kurang asam betul Razif ni. Kalau aku tau aku tak ikut dia datang.

KETIBAAN NIK AZRI….hehe

Nik Azri sampai di rumah mak saudaranya. Dia menghempaskan badannya di atas sofa empuk di ruang tamu. Nik Azri terkial-kial mencari sesuatu dalam poket seluarnya. Aiseh, janganlah hilang. Yes, jumpa gak ko ni.

“Azri, mari makan.” Panggil Auntie Lily.
“Kejap, mak cik.”
“Abang Azri! Abang Azri!”
“Hey, Mariam. Lama tak jumpa. Meh sini, abang peluk.” Nik Azri menghulurkan tangannya kepada Mariam. Makin comel pulak cousin aku ni.
“Abang, mana teddy bear yang abang nak bawa balik tu?” tanya Mariam.
“Hmm, oh. Mana boleh bagi sekarang. Tak surpriselah.”
“Cute tak?”
“Mestilah! Jom gi makan.” Nik Azri mendukung sepupunya yang berumur 6 tahun itu. Berat jugak. He,he.
“Azri, dah call ke Dara tu?”
“Belum lagi. Surprise.” Nik Azri mengenyitkan matanya. “Hm, lepas makan ni, Azri nak gi jumpa dia.”
“Nak ikut?” Mariam masih lagi memeluk Nik Azri di atas riba Azri.
“Mana boleh. Abang nak jumpa girlfriend abang.” Nik Azri tersenyum.
“Girlfriend? Ooh! Abang dah ada girlfriend ye? Yay, yay! Nanti Mariam nak gitau semua kawan Mariam.” Mariam ketawa kecil. Kemudian, dia turun dari riba Nik Azri dan berlari entah ke mana.
“Mana pak cik?”
“Dia ada kerja. Azri, macam mana dengan Azri? Tinggal kat Sabah seronok tak?”
“Bolehlah. Azri tak sabar nak balik sini.”

Selepas makan, Nik Azri segera menyalin pakaiannya. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Dara. Rindunya semakin menebal setiap kali teringatkan Dara. Dia mengikat tali kasutnya dan terus berlari-lari anak ke rumah Dara. Dara, I’m coming! Dia menekan loceng rumah Dara. Seketika kemudian, Dara keluar. Nik Azri melambaikan tangannya. Pada mulanya, Dara tidak mengenali Nik Azri. Kemudian, dia berlari menuju ke arah Nik Azri dan terus memeluknya dengan selamba.

“Azri!! You are here? I can’t believe it that you are here, right in front of me!”

Nik Azri kaget. Dara masih lagi memeluknya. Inilah kali pertama Dara memeluk dia dengan begitu erat. Nik Azri menepuk bahu Dara.

“Apa khabar?” tanya Nik Azri.
“Sihat walafiat!” Dara sengih. “Jom masuk dalam rumah. Mak bapak aku pun dah lama nak jumpa kau.”
“Dara…” Nik Azri menarik tangan Dara. “Saya rasa saya nak pergi taman dengan Dara. Kita berdua aje, boleh?”
“Oh! No problem. Jom!” Dara memeluk bahu Nik Azri selamba. Nik Azri telan liur.
“Dara, macam mana dengan study awak?” tanya Nik Azri.
“Okay.” Dara tersenyum. “Kenapa ye? Baru je beberapa bulan kita tak jumpa tapi kau macam dah berubah gile. Macam lelaki sejati. Cara kau...”
“Ya ke?” Nik Azri ketawa kecil.
“Jom duduk kat situ, kat bawah pokok tu!” Dara menarik lengan Nik Azri.

Mereka berdua duduk bersandar pada pokok yang berdaun lebat itu yang langsung menghalang cahaya matahari daripada sampai pada diorang. Dara betul-betul gembira dengan kepulangan Nik Azri, walaupun hanya untuk beberapa hari.

“So, citerlah sikit pasal sekolah kau kat sana. Rumah kau dan kawan-kawan kau!” ujar Dara sambil tersenyum.
“Em, life kat sana okaylah. Kawan-kawan semuanya baik. Tapi, masa Azri sampai mula-mula diorang pandang semacam kat Azri. Mungkin sebab Azri ni… nampak macam ‘lembut’ sikit. Kalau Dara nak tau, sekolah yang Azri masuk ni betul-betul menggerunkan. Displin punyalah ketat. Tiap hari Sabtu budak lelaki semua kena datang sekolah masuk latihan ketahanan fizikal dan mental. Sebab tulah Azri terdesak sangat...tapi Azri bersyukur jugak sebab ianya membantu Azri jadi lelaki normal.” Nik Azri ketawa kecil. Dara hanya tersenyum.
“Wow, mesti tough kan life kau kat sana.”
“Adalah juga...”
“Hmm, tak de ke awek kat sana nak masuk line?” tanya Dara dengan nada menyindir. Nik Azri tersengih.
“Ada jugak. Tapi, Azri cakap Azri dah ada teman. Siap tunjuk gambar lagi tau.”
“Gambar? Mana kau ada gambar aku?”
“Ada. Azri mintak Izzati ambikkan.”
“Ahhh! Kenapa tak gitau. Hm!” Dara menumbuk bahu Nik Azri. Main-main.

Kemudian, suasana menjadi sedikit tegang. Agaknya diorang dua tak tahu apa nak cakap. Dara bersiul. Nik Azri telan liur. Dia meraba poket seluarnya, mencari sesuatu.

“Dara.”
“Yep?”
“Azri nak bagi cincin ni kat Dara.”
“Hah?”

Nik Azri mencapai tangan Dara. Dia menyarungkan cincin itu pada jari manis Dara. Dara tidak berkata apa-apa. Terkejut dengan tindakan Nik Azri.

“Em...Bila kita berdua dah besar….” Nik Azri tarik nafas. “Kita kahwin?”
“Hey, kau ni…”
“Azri serius.” Nik Azri merenung mata Dara. Wajahnya kelihatan serius, buat pertama kali Dara mengenali Nik Azri.
“Hmm…” Dara tunduk. Dia kehilangan kata-kata. Azri betul-betul berubah. Betul-betul lain! “Okay.”
“Betul ke Dara?”

Dara tak tahu kata apa. Dia hanya menganggukkan kepalanya.

“Azri sayangkan Dara.”

Nik Azri menggenggam tangan Dara. Dengan perlahan dia mendekati Dara dan mencium bibir Dara. Pada mulanya Dara terkejut tetapi Dara membiarkan Nik Azri menciumnya. Dia tidak tahu kenapa dia tidak menghalang perbuatan Nik Azri. Malah, dia rasa selesa.

“Uh, Azri...” Dara menolak Nik Azri apabila dia merasakan yang ciuman Nik Azri agak kuat dan ghairah. “Aku rasa kita tak patut…buat macam ni.”
“Hah,” Nik Azri yang bagaikan tersedar dari mimpi menguakkan rambutnya ke belakang. “Ek, Azri…Azri mintak maaf..Dara. Azri tak sedar..”
“Okay, okay! Aku tak kisah. Jom balik.” Dara menarik lengan Nik Azri.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Dara dapat merasakan ciuman Nik Azri tadi. Pelik! Kenapa dia berani cium aku? Ciuman dia tu macam...ghairah sangat. Dara merenung Nik Azri. Wajah Nik Azri serius. Dia kelihatan agak tertekan.

“Azri, terima kasih sebab bagi aku cincin ni…dan rantai.” Ujar Dara, memecahkan suasana yang sepi.
“Hm.” Nik Azri tersenyum sedikit.

Apabila mereka sampai di depan rumah Dara, Nik Azri tetap diam. Mungkin dia berasa bersalah kerana bertindak demikian walaupun Dara tidak kisah.

“Azri! Kenapa kau diam je?”
“Huh?” Nik Azri pandang tempat lain. Mukanya kemerah-merahan. “Dara, jumpa esok. Bye.”

Dara merentap tangan Nik Azri dengan kasar. Nik Azri terkejut.

“Kenapa dengan kau ni? Kenapa kau diam aje? Macam orang bisu? Atau kau rasa bersalah sebab kiss aku tadi? Atau kau ingat lepas kau kiss aku kau nak blah macam tu?” kata Dara dengan keras.
“Dara, minta maaf. Azri rasa bersalah sangat tadi...” Nik Azri tunduk.
“Dara dah kata Dara tak kisah. Cheer up, okay?” Dara menepuk bahu Nik Azri. “Bye!” Dara terus berlari masuk ke dalam rumahnya.

Nik Azri berdiri di luar rumah Dara, termenung memikirkan hal tadi.

THREE IS COMPANY...

Dara memegang tangan Nik Azri sambil meluncur laju. Kadang-kadang Nik Azri melepaskan genggamannya apabila Dara meluncur terlalu laju. Dia bukannya tere sangat naik roller blade ni.

“Azri! Cepatlah sikit. Kau ni lembab betul.” Dara mencebik.
“Aku takutlah. Aku bukannya tere sangat.”

Dara menyusur ke arah Nik Azri. Pinggang Nik Azri dipeluknya dengan kemas. Nik Azri berasa malu dengan tindakan Dara. Daralah yang paling banyak memeluk Nik Azri. Selamba aja. Macam dah biasa.

“Aku peluk kau ni, don’t worrylah. Kalau kau jatuh pun, kau jatuh atas aku.”
“Itu yang aku takut tu. Aku ni berat bertan-tan tau!” Nik Azri tersengih.

Dara dan Nik Azri meluncur perlahan-lahan. Kuat jugak genggaman Nik Azri pada lengan Dara. Dah takut jatuh sangat. Tiba-tiba, deruman enjin motor Razif kedengaran. Seperti biasa, api cemburu Razif tidak pernah padam apabila melihat Dara bersama Nik Azri. Dia berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua dan menyebabkan Dara hampir terjatuh. Tetapi, Nik Azri sempat merangkul Dara.

“Buta ke hah?” Kasar sungguh suara Dara.
“Hmm, aku betul-betul sakit mata aku bila tengok si pondan ni.” Razif turun dari motornya dan bercekak pinggang. “Azri! Bila kau akan lenyap dari dunia ni?”
“Razif, kau ni tak berubah dari dulu lagi?” ujar Nik Azri. Dia memegang lengan Dara dan menariknya untuk berlalu pergi.

Razif tidak puas hati dengan kata-kata Nk Azri. Sejak bila mamat ni berani lawan aku? Aku akan ajar dia. Razif berlari menuju ke arah Nik Azri dan menendang Nik Azri sehingga tersungkur.

“Razif! Bodohlah kau!” Dara menolak bahu Razif. Dia terus mendapatkan Nik Azri yang jatuh tertiarap.
“Razif, aku dah lama bersabar dengan kau sejak dulu lagi. Apa kata kalau kita habiskan hari ni aja?” kata Nik Azri.
“Oh! Permintaan daripada seorang pondan. Boleh! Aku dah lama bersedia untuk menghapuskan kau. Kaulah penghalang aku untuk memiliki Dara ni!”
“Razif. Kau jangan nak biadap pulak. Jom Azri.” Dara menarik lengan Nik Azri tetapi Nik Azri tidak berganjak dari tempatnya. Matanya tajam merenung Razif. “Nik? Let’s go! Jangan dilayan orang macam Razif ni.”
“Aku nak habiskan Razif ni.” Tegas Nik Azri.
“Azri...”
“Ko tak yakin dengan aku?”
Dara terpanar. Aisey, cam ayat aku aja?? Fine! Just let him deal with Razif alone. Dara mengangkat kedua-dua belah tangannya. Kemudian, dia menjauhi mereka berdua sedikit.
“Korang dua ni macam budak-budak je!!” Dara duduk bersandar di bawah sepohon pokok. Hm, biarlah. Hal lelaki. Aku jadi penonton aja le. Dara duduk sambil menongkat dagunya, layan boring aja la.
“Razif, aku bukannya nak sangat gaduh dengan kau tapi aku betul-betul tak tahan dengan kau. Selalu je nak ejek aku. Cari pasal dengan aku.” Nik Azri mendekati Razif. Razif ketawa.
“Taklah. Sebab kau asyik bertempek dengan Dara je. Tu yang bengang tu. Pondan.” Razif menolak badan Nik Azri.
Nik Azri menyambar tangan Razif lalu mengilaskannya ke belakang. Razif menyeringai kesakitan. Terpanar Dara melihat kejadian di depan mata. Mak oi? Azri tak pernah pun buat macam tu?
“Sekarang dah sampai masanya aku balas dendam kat ko pulak. Dulu ko selalu buli aku.” Nik Azri menghentak belakang Razif dengan sikunya. Tersedak Razif dibuatnya.
“Azri!!” Dara menarik badan Nik Azri yang sasa itu. “Stop it, Azri! Tengok, dia dah terbatuk darah...”
“Dulu dia hentak kepala ko sampai masuk hospital, Dara.” Balas Nik Azri.
“Aku dah lupakan hal tu...” Dara tunduk.
“Kau dah lupakannya, tapi aku tidak. Aku betul-betul takut pada ketika itu. Kau kehilangan banyak darah, kau tahu?” ujar Nik Azri.
Dara terkedu. Nk Azri. Dia dah banyak berubah. Dia bukan Nik Azri aku yang dulu lagi. Dia Nik Azri yang lain. Aku rasa seolah-olah macam tidak mengenalinya. Nik Azri kembali kepada Razif. Razif mengesat darah di mulutnya dengan belakang tangannya. Tanpa menunggu lagi, Nik Azri menumbuk rusuk Razif dan menghempasnya ke tanah. Sekali lagi darah terhambur keluar dari mulut dan hidung Razif. Badan Dara menggigil. Itu baru je kena tumbuk? Takkan darah dah keluar banyak tu? Razif berusaha untuk bangun. Dia kelihatan begitu payah sekali. Nampaknya, Nik Azri masih tidak berpuas hati. Dia menarik rambut Razif dan menghantukkan kepala Razif ke batang pokok berhampiran. Dara tidak boleh bersabar lagi. Razif jatuh menyembah bumi. Wajahnya berkerut-kerut.
“Hm, kenapa kau tak boleh nak layan aku? Pelik? Bukan ke aku ni pondan? Aku nak bagi kau rasa penendang aku pulak!” Nik Azri ketawa.
“Azri! Stop it! Kau... kau nak bunuh dia ke?” Dara duduk di depan Razif sambil menghadang tangannya.
“Dara, dulu dia sendiri cakap yang dia nak bunuh aku. So, sebelum terjadi apa-apa pada aku...”
“Azri! He didn’t mean it. You guys are friends. Janganlah macam ni.” Rayu Dara lagi. Dia memegang lengan Razif dan merenung Razif dengan sayu. Keadaan dia teruk! Macam mana ni...
“Dara, don’t touch him!” Nik Azri menarik tubuh Dara dari sisi Razif. Dara tersentak dengan kelakuan Nik Azri. Dia menolak tubuh Nik Azri.
“Nik Azri!! You’re not my Nik Azri anymore! You’ve change a lot.” Tengking Dara. “Aku sukakan Azri yang dulu. Lembut dan baik hati. Tapi,kau sekarang...”
“Dara, memang aku berubah. Tapi, hati dan perasaan aku terhadap kau tetap sama. Aku nak lindungi kau, Dara.”
“Azri...” Air mata Dara mengalir. Dia kecewa dengan sikap Nik Azri. “Kalau kau Azri aku, kau tolonglah Razif. Kita bawa dia ke klinik. Bukannya jauh.”
“Tak...tak payah...” Razif mencelah. Dia terbatuk lagi. “Aku…. Ok.”
“Razif! Kau teruk betul. Tak pe. Biar we all bawa kau gi klinik.” Dara merenung Nik Azri.
Nik Azri mengeluh. “Okay sayang.”
Mereka berdua memapah Razif sehingga ke klinik. Keadaan Razif agak teruk. Dara telan liur apabila melihat lebam-lebam di badan Razif. Dahsyatnya penangan Azri, budak pondan dulu. Doktor yang ada di situ mula merawat Razif. Pada ketika itu, keadaan di klinik lengang saja. Nik Azri bersandar di dinding dan hanya merenung Razif. Dara memandang wajah Razif. Dahi kawannya berkerut-kerut menahan kesakitan. Darah dibibirnya sudah lama kering. Entah kenapa hati Dara tergerak untuk mengusap pipi Razif. Razif membuka mata dan merenung Dara sambil tersenyum tawar.
“I’m...sor..ry..” Razif memegang dan mengucup tangan Dara. Dara tersentak.
“Razif!” Nik Azri mendekati Dara dan Razif. Dia menarik Dara ke belakang. Doktor yang bertugas tidak berkata apa-apa. Dia meneruskan kerjanya. “Don’t touch her, okay? I mean it!”
Dara membisu. Razif hanya mengangguk lemah.
“Kitorang balik dulu. Nanti aku beritahu parents kau yang kau ada kat sini.” Ujar Nik Azri sambil memeluk bahu Dara.
“Azri, takkan nak tinggalkan dia sorang-sorang?”
Nik Azri mengeluh. Apa kena dengan Dara ni? Asyik nak pertahankan Razif je. Nik Azri menarik Dara keluar dari bilik doktor. Mereka berdua duduk di suatu sudut.
“Dara, kenapa dengan kau ni?”
“Kau tak rasa bersalah ke pukul Razif sampai macam tu sekali?” kata Dara.
Nik Azri diam. Dia memang ada perasaan bersalah terhadap Razif kerana memukulnya sampai tenat sekali. Tetapi, apabila dia memikirkan kembali perbuatan Razif terhadapnya dulu dia berasa marah dan benci. Dara mencebik. Wajahnya masam mencuka.
“Dara, dia bukannya mati pun. Kenapa kau asyik pertahankan dia je?” marah Nik Azri. “Ke kau memang ada apa-apa dengan dia sebelum ni?”
“Azri!” Dara menumbuk bahu Nik Azri. “Cakap tu baik-baik sikit. Fine! Kita balik. Tak payah jaga budak bangang tu.” Dara mengangkat kaki tanpa memandang wajah Nik Azri.
“Dara!” Mak aih! First time dia merajuk ni? Kalau dulu, aku yang merajuk.
Dara sudah pun keluar dari klinik tersebut. Nik Azri termangu-mangu sendirian. Seorang perempuan yang berada di kaunter memandang Nik Azri sekilas. Hm. Nampaknya, aku kena call bapak dia yang garang giler tuh. Selepas Nik Azri menelefon ayah Razif, dia terus masuk ke dalam bilik doktor.
“Aku dah call ayah ko.” Ujar Nik Azri. Dia mengeluh.
“Kau kena hamun ke?” Razif tersenyum sedikit. Nik Azri diam. “Biasalah tu. Bapak aku memang garang semacam. Papehal pun, terima kasih sebab call bapak aku.”
Nik Azri duduk di sebelah Razif yang terbaring di atas katil. Doktor lelaki tadi hilang entah ke mana. Razif kelihatan agak baik sedikit berbanding tadi. Cuma wajahnya bengkak-bengkak dan lebam.
“Sorry.” Ucap Nik Azri seraya meletakkan tangannya di atas bahu Razif. “Mesti sakitkan? Aku dah pernah rasa dah.”
Razif diam.
“Nampaknya, Dara dah merajuk dengan aku...” Nik Azri ketawa kecil. Tak pernah dia melihat Dara merajuk. Marah, bengkeng adalah. Cute jugak. Lari macam tu aja.
“Hm, aku pun minta maaf jugak, Azri. Dulu aku tension tengok kau dengan Dara tu sebab aku pun suka kat dia jugak.”
“Hm, aku tahu. Kalau ye pun janganlah buli aku. Taule dulu aku ni lemah sikit.” Nik Azri tersenyum.
“Aha, ngalahkan Dara lak tu lembik nyer.”
Mereka berdua ketawa bersama-sama. Tiba-tiba, pintu bilik doktor dikuak dengan kasar. Terpelanting Nik Azri dari tempat duduknya. Razif menyeringai kesakitan apabila kepalanya terhantuk besi di sebelahnya.
“Razif!! Kau bergaduh lagi ya!” jerit Hazim.
“Encik! Perlahan suara...” Doktor lelaki tadi cuba mencelah.
“Kau diam! Dia ni memang anak aku yang paling degil!” Hazim menyambar lengan Razif dan Razif mengaduh kesakitan. “Cepat balik!”
“Pak cik! Kenapa pak cik ni kasar sangat? Razif kan tengah sakit tu?” sampuk Nik Azri sambil memegang bahu Razif. Razif betul-betul terkejut dengan perangai berani Nik Azri. Hazim makinlah bengang.
“Kau ni sapa hah? Jangan nak campur urusan kami anak beranak.” Hazim mencekup kolar baju Nik Azri.
“Pak cik jangan nak berkasar dengan saya. Saya ni masih lagi ada budi pekerti. Hormatkan pak cik.” Tegas Nik Azri. Mak aih! Mana aku dapat keberanian macam orang gila ni? Ish!
Hazim terkedu dengan kata-kata Nik Azri. Baginya, ianya seakan ugutan. Cis, budak hingusan! Dia melepaskan kolar baju Nik Azri. Kemudian, dia memandang anaknya.
“Razif! Balik!” Hazim terus berlalu pergi.
“Cayalah kau, Azri! Tak pernah ada orang cakap macam tu dengan bapak aku. He! He!” ujar Razif lalu bangun.
“Biar aku tolong kau.” Nik Azri memapah Razif sehingga ke luar.
“Nik, I’m really sorry.” Ujar Razif.
Nik Azri tersenyum tawar. Hm, macam mana aku nak handle Dara ni? Aku tak pernah terlibat dengan pompuan merajuk. Agaknya inilah masanya…

DARA MERAJUK? TAK MUNGKIN...

Sudah dua hari Nik Azri dan Dara tidak berhubung. Dua hari lagi Nik Azri akan balik ke Sabah semula. Sepanjang dua hari itu, Nik Azri resah tidak keruan. Dia takut untuk bertemu mata dengan Dara. Dia takut untuk mendengar suara Dara. Takut dimaki hamun pula. Ish, lelaki apa aku ni? Entah-entah aku akan kembali jadi lelaki pondan cam dulu. Argh! Lawaklah tu. Nak call ke tak nak? Dara, kenapa ko buat aku camni. Ishh...
KRINGGG!!!
“Makk aiih!!” Ish, telefon ni. Terkejut aku.
“Hello!”
“Sayang! Jom lepak nak?”
Ek, sapa pulak ni? Suara semacam kenal aja.
“Er, sapa ni?”
“Akulah Dara! Ohh, baru dua hari tak contact terus lupa? Ada pasang awek lain ke?” Mak aih! Berubah terus suara awek aku yang ceria tadi?
“Eh, mana ada. Dara ni janganlah cakap macam tu.” Nik Azri tarik nafas. “Aku nak minta maaf sebab sakitkan hati kau dua hari lepas.”
“Ooh, tahu pun salah. Habis, apasalah tak call? Tunggu aku jugak nak call? Jual mahal, gitu?” Laser, laser…
“Dara...”
“Sudahlah. Jomlah keluar. Dua hari lagi ko nak pergi dah. So, aku datang rumah kau jemput ye? Bye!!” Dara terus letak phone.
“Ish, Dara ni. Apasal kalut semacam je?” Nik Azri meletakkan gagang telefon. Dia termenung untuk seketika. Hm, takkan cepat je dah ceria? Dia tak marah aku dah ke? Ish. Pelik? Ke dia sengaja nak kenakan aku?
Nik Azri duduk sambil menonton TV. Pada ketika itu langsung tiada siaran yang menarik. Kepalanya hanya terfikir kelakuan Dara tadi. Cepat betul angin dia berubah.
“Azri! Tu Dara tunggu kamu kat luar.” Ujar Auntie Lily.
“Ye.”
“Hai Azri! Cepatlah sikit.” Panggil Dara.
Ceria betul dia hari ni? Entah kenapa pulak? Nik Azri melangkah dengan malas. Hatinya berbelah bahagi. Tak tahu kenapa.
“Lembab!” Dara menarik tangan Nik Azri dan terus mengheretnya.
“Ehh, ko nak gi mana?” tanya Nik Azri yang hampir tersadung apabila kakinya tersepak batu.
“Makan!” Dara tersenyum lawa.
Nik Azri terkedu. First time dia senyum macam tu. Lawanya. Ayu betul. Dara ketawa kecil. Apalah yang tak kena dengan Azri ni? Dia menampar pipi Nik Azri dengan lembut.
“Please? Belanja aku!”
“Hmm, okay. Lagi pun aku nak tanya kau something.”
“Okay! Whatever it is.” Dara tersenyum lagi.

How Are You, Razif?

Razif menyeringai apabila kotak yang diangkatnya terjatuh ke atas kakinya. Terloncat-loncat dia seketika. Kotak yang berisi dan tidak bersalah itu ditendangnya. s i a l ! Sakit doh kaki aku. Ish! Dahle baru sembuh. Wajah Razif berkerut-kerut.
“Hah! Buat kerja sikit dah terduduk!!” jerkah Hazim. Razif tersentak.
“Kaki Razif sakitlah.” Jawab Razif.
“Itu alasan ko aja. Cepat bangun!” Hazim menarik lengan Razif. Di luar jangkaan Hazim, Razif menepis tangannya dengan kasar. “Pehal ko ni? Dah pandai nak melawan aku pulak??”
“Razif dah meluat dengan ayah ni. Sikit-sikit, nak marah. Bukannya Razif buat salah apa pun.” Razif berjalan terhenjut-henjut sambil mencapai kunci motornya. “Entah-entah Razif ni anak haram kot?”
“Razif!!!” Hamzi menampar wajah anaknya.
“So, betullah tu?” Razif mengusap pipi dan bibirnya yang berdarah. Perit benar rasanya ditampar sedemikian. Kesan lebamnya sebelum itu masih belum sembuh sepenuhnya.
Hazim menarik nafas dalam-dalam. Kurang ajar betul mulut Razif ni. Mungkin sebab dia terpengaruh dengan mamat yang ada dengan dia di klinik hari tuh. Cis! Anak aku?! Dia melihat Razif yang terhenjut-henjut menuju ke pintu.
“Ko nak ke mana?!”
Razif diam. Dia terus menghempas pintu dengan kuat tanpa berpaling ke ayahnya. Hamzi kelu. Razif ni betul-betul nak kena dengan aku!!
Razif memecut motornya. Aduh, sakitnya kaki dan pipi aku. Isk, apalah malangnya nasib aku ni? Razif rasa macam nak menangis je. Biar lega sikit sebak di dada. Tetapi, Razif adalah Razif. Bila agaknya aku nak menangis ni? Apsal air mata aku tak keluar?
“DARA!!!”
Razif tersedar dari lamunannya. Dia menekan minyak dengan laju. Dan Dara berada hanya beberapa meter di depan matanya. Dara tidak berganjak. Dara!! Tepi sikit!! Hampir tiga meter di depan Dara, Razif memusingkan motornya lalu menekan brake. Ha, nasib baik tak kena Dara. Ish! Sakitnya? Kenapa pulak dengan aku? Razif terseret di bawah motornya. Ekzos hampir mengena badannya. Argh! Sakitnya!
“Razif!! Razif!!” Ish, kasarnya suara Dara? Takkan kot? Azri... “Jangan bergerak.”
“Razif. Aku minta maaf. Teruk la keadaan kau ni.” Ujar Dara.
“Mana ada...” Razif tersenyum tawar. Dahinya berkerut-kerut.
Nik Azri dan Dara cuba mengangkat motor yang berada atas badan Razif. Razif memejam matanya. Nik Azri menampar-nampar pipi Razif. Razif mendengus.
“Hidup pun kau! Jangan pejam mata okay.” Ujar Nik Azri.
“Luka kau teruk jugak, Razif. Ish.. kulit ko...”
“Dara!” Nik Azri menepuk bahu Dara.
“Sakit giler. Kenapa sakit sangat ni? Ish...” rungut Razif antara dengar dan tak dengar.
Nik Azri dan Dara memapah Razif. Berat giler!! Dara mendengus.
“Aku rasa kita kena tahan keretalah. Klinik tu bukannya dekat. Ish! Mana ni...” Nik Azri mengemaskan rangkulannya di pinggang Razif.
“Teksi!!” Jeritan Dara yang hampir memecahkan gegendang telinga Nik Azri dan Razif. Sebuah teksi berhenti betul-betul di depan mereka bertiga.
“Klinik please...” ujar Dara.
“Mak oi! Macam parah aja. Pergi hospital terus ya!” jawab pemandu teksi itu.
Nik Azri dan Dara hanya mengangguk. Isk, concern plak orang tua ni ye. Driver taxi itu memandu punyalah laju. Boleh terliang liuk dibuatnya. Sepuluh minit kemudian, driver taxi tu buat emergency brake di depan emergency room.
“Korang bertiga boleh handle?” tanya driver taxi tu.
“Boleh. Lagi pun kitorang boleh angkat dia. Thanks, pak cik!” ucap Nik Azri seraya menutup pintu kereta teksi itu.
Razif dirawat dengan segera. Mujurla takde apa-apa yang patah. Cuma banyak tempat yang terluka. Sedikit kulit lengan kirinya terkoyak.
“Boleh jalan?” tanya Dara.
“Boleh.”
“Jom, balik sama-sama.” Pelawa Nik Azri. Razif angguk.
“Apalah malang nasib aku. Tiap kali aku gi klinik, ke hospital mesti korang dua ada. Heh heh.” Razif ketawa kecil.
Dara dan Nik Azri hanya tersenyum. Semasa mereka bertiga dalam perjalan ke luar hospital, driver taxi tadi dating ke mari. Terkejut juga budak bertiga tu.
“Korang lupa duit tambang la!”
Nik Azri, Dara dan Razif berpandangan sesama sendiri. Kemudian, mereka bertiga ketawa.

JUST A FRIEND

“Aku nak cakap kat Dara something dan aku nak cakap kat depan kau.” Kata Razif sambil memandang Nik Azri.
Nik Azri dan Dara hanya membisu.
“Aku sayangkan Dara dan aku sukakan dia jugak.” Luah Razif.
Dara tersenyum manis. Nik Azri tetap membisu tetapi terdapat ketidaksenangan pada wajahnya. Razif mencapai tangan Nik Azri dan Dara dan menyatukannya. Dia meletakkan tangannya di atas tangan Nik Azri.
“Aku harap aku dapat menjadi kawan baik korang dua.” Pinta Razif sambil tersenyum. “Aku pun nak minta maaf kat kau Dara sebab aku pukul kau dulu. Aku pun pernah ada niat tak baik kat kau. Sorry.”
“Tak pe.” Balas Dara.
“Azri, aku harap kau maafkan aku. Kaulah yang paling banyak aku buli. Sorry. Aku cuma cemburu tengok kau dengan Dara, itu je.”
“Macam itu ke. Aku pun tak kisah dah. Sekarang ni kita berkawan baik. Cuma aku warning kau, jangan ambik kesempatan atau cuba nak pikat Dara. Kalau tak nahas kau kena dengan aku.” Jawab Nik Azri selamba. “Aku bukan Nik Azri yang pondan dulu, ok?”
Razif ketawa kecil. “Jangan risaulah.”
“Good! Aku harap korang takkan gaduh lagi ye.” Sampuk Dara. “So, apa kata kalau korang belanja aku makan?”
“Korang? Patutnya Azri le yang belanja ko!” protes Razif.
“Apa pulak. Ko punya pasal la hari tu aku tak dapat makan. Iyela, kalau tak accident hari tu dah lama Azri dah belanja aku. So, korang berdua kena belanja aku! Cepat, kita pergi!” Dara memeluk lengan Nik Azri dan Razif.
“Isk, apa ni queen control!” Nik Azri ketawa.
“Hmm, aku nak makan apa ye? McD ajalah. Sian la korang kang tak leh bayar pulak! Favourite aku, Double Cheeseburger!”
Nik Azri dan Razif saling berpandangan. Mereka berdua tersenyum penuh makna sambil mengangkat kening. Kemudian, mereka berdua berlari meninggalkan Dara yang termangu-mangu seorang diri.
“Ahh! Azri! Razif!!” jerit Dara sambil mengejar mereka.
“Kitorang pokai lah. Tak de duit untuk belanja ko!” jerit Razif.
“Nak makan, beli sendiri!” Nik Azri ketawa.
“Nantilah korang!” Dara terus mengejar boyfriend dan bestfriendnya. Hee.
Sememangnya Dara tidak dapat mengejar diorang dua. Apa lagi, terus merajuklah. Kelam kabut Nik Azri dan Razif nak pujuk. Dahle ni first time Dara merajuk. Real punya rajuk. Camne ye?

TAMAT



zzZZZzz...layan jew,,wssalammm





























No comments: