Slot Akasia

Assalamualaikum u all....

adohai aku nim ketinggalan zaman tol kn...mlm nim bawu aku thu slot akasia tv3 *Nora Elena* adalah adaptasi dari Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha...2 pun aku terbaca dri blog abg ben...hahaha...cian kt aku kn,,


so aku nim apa lg bla dh dpt thu trus aku terjah kt dlm google nk cari Novel karya Meen Zulaikha *kasih yang suci*.coz nk thu hrga n trus beli scara online hihihi biasalah aku nim gila novel..kalo ada novel di tngan jgn harap ler aku nk bt keje lain...mmang x kn punyaa...so meh ler kita terjah slot akasia Nora Elena hihihi
nora elena slot akasia tv3

Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!
 
ZzzzZZz...layan jew ..wssalam

No comments: