DraMa MenGundang Air Mata : SeJaDaH KaaBaH

ASsalamualaikum u all....


best gile drama  "sejadah Kaabah"..sape2 yg tak tgk msti rugi r...mengalir air mata gua beb!!!!..haha...jalan cerita mmang best smpai tersentuh hati aku...sob!! sob!!! ngis ngn adik aku haha nsb baik lmpu dh trtutup kalo x malu ler aku dh besar2 pun still nk ngis hehe...tp kn kalo tgk drama sedih mmang snang r air mata aku kuar..kalo nk ngis psal lain hal mmang ssah skit kecuali aku duk sowg2 mudah jew kuar air mata..aku nk crita pasal drama nim kt u all pun tkut...........tkut pe???? tkut ngis ler...kn x psal tgk duk syok2 taip pasal drama nim air mata aku kuar...bikin konteravasi lah plak dh ler aku der kt opis time nim...nnti pea lak ckp staf2 lain haha...so aku terjah sinopsis drama ni kt OH BULAN...zZZzz...jom layan prasaan #_#!!!!!


Selepas telemovie ”Dosa Siapa” yang ditayangkan pada 7 Mei lalu, nantikan pula giliran ”Sejadah Kaabah” dan ”Utusan Illahi” menemui penonton pada 14 & 21 Mei ini. Sarat dengan emosi dan teladan buat pengajaran untuk semua, pastinya dua telemovie ini bakal mengundang air mata para penggemar Cerekarama di TV3!

“Sejadah Kaabah” mengisahkan tentang seorang ibu iaitu Lijah dan anaknya, Izah, yang berumur 10 tahun dalam mengharungi keperitan hidup apabila Lijah terpaksa menyara keluarga dengan hanya menjual nasi lemak di kaki lima dan mengambil upah menjahit di waktu malam. Cita-cita Lijah adalah untuk menunaikan umrah suatu hari nanti dan Izah cuba untuk menyempurnakan impian ibunya. Malangnya, gerai Lijah telah disita oleh DBKL kerana berniaga di kawasan larangan.


Walaupun tiada gerai sendiri, Izah tetap bersemangat menolong ibunya mencari rezeki dengan menjual nasi lemak menaiki basikal ke sekitar kawasan perumahan. Di sekolah, Cikgu Jamilah mengumumkan peraduan mengarang bertemakan ’Keluarga’ peringkat kebangsaan dan pemenangnya akan membawa pulang wang tunai lumayan iaitu RM5,000. Izah berhasrat untuk memasuki pertandingan tersebut. Di siang hari, Izah berbasikal menjual nasi lemak dan di malam hari pula, dia sibuk menyiapkan karangan, itulah rutin baru Izah.
Namun, malang tidak berbau apabila Izah ditimpa kemalangan dan terpaksa dimasukkan ke wad ICU. 

Dapatkah Izah diselamatkan dan bagaimana dengan usaha menghantar ibunya ke Mekah?
 Bagaimana pula tentang pertandingan karangan yang disertai oleh Izah? Saksikan pengorbanan kanak-kanak berumur 10 tahun membantu ibunya di dalam ”Sejadah Kaabah” lakonan Sharifah Shahrizah, Eika Farhana, Esliza Loy, Hanis Kamal dan Noorkhiriah pada 14 Mei ini, jam 10.00malam. *opsss!! sudah trlepas tarikhnye*

 p/s : nk tgk drama nim try ler search kt youtobe hihihi,...aku pun x thu ada ke tak 

ZzzzZZz..layan jeww...wssalamm


4 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

memang sedih kakD pun semlm nangis jg...pandai budak yg bw watak izah tu ye...

Eja GaNu said...

yelh...mmang best r cite nim..pelakon baru kan...

Anonymous said...

Kita link page awak kat facebook Sejadah Kaabah....check it out...thanks.

Eja GaNu said...

ok thanksss...kita dh like pun hihhihi