Salma Dinobatkan Sebagai Juara Mentor 5, Tahniah!

Assalamulaikum u all

 

Persaingan yang jelas siapakah pemenangnya. Salma membawa kekuatan vokal yang tinggi, Shiha penuh dengan lenggok & elemen drama, manakala Iqa banyak dibantu dengan kekuatan drama.
Di saat ini, Salma telah menjadi pilihan ramai peminat Mentor 5, terutamanya selepas membuat persembahan yang mengagumkan bersama Jackly Victor. Dan, keputusan peminat yang memilih Salma memang sudah dijangkakan.
Memegang 85 markah, Salma meninggal jauh pesaingnya iaitu Shiha (63) & Iqa (56). Salma tidak mensia-siakan kekuatannya dengan mempersembahkan lagu single terbaru berjudul, Aku Permata ciptaan Taja. Walaupun kawalan vokal untuk lagu ini agak goyah, namun secara keseluruhannya Salma bijak menyembunyikan kesilapannya.
Salma, membawa pulang wang tunai sebanyak RM100 000 berserta sebuah kereta mewah Chevrolet Cruze bernilai RM97800. Tahniah buat Salma, juara Mentor 5!

zzzZZzzz..layan jew..wssalamm

No comments: