(SEDUTAN NOVEL)

PILIHAN MAMA - Umie Nadzimah
"Kesian…..Sayang".

"Kenapa….pula ?".
...
" Sepatutnya….Abang yang menjaga Aishah, ini terbalik pula".

"Alaah…..Abang..ni, Aishah kan sihat ? Apa nak dijaga pula. Abang tu yang sakit. Memanglah tugas Aishah".

" Aishah okay ? Dua hari abang sakit , isteri dan anak abang okay tak?".
Aishah tersenyum. Lalu dia mencapai tangan aku. Di urut-urutnya lembut. Rasa shahdu sangat. Sekejap melayang rasa sakit yang aku tanggung. Seharusnya beginilah kasih sayang antara dua insan, saling memberi dan menerima. Bahagia dirasa bersama.

" Kami….okay. Baby kata…harap abahnya….cepat sembuh. Sebab mama rindu sangat… untuk… dipeluk…".
Mendengar kata-kata dari mulut comel ini, aku lantas menarik tubuhnya ke badanku, dan mendakap erat. Biar lepas segala rasa rindu itu. Rambutnya yang wangi itu , ku usap-usap lembut.


------------------------------------------

"Menjadi ibu kepada Alif dan Alifa….Yes, I rasa, I cukup bersedia. Tetapi sebagai isteri you, I sendiri belum pasti. Seperti you, I juga mungkin perlukan masa. Tetapi, I tidak mahulah….jika perkahwinan kita ini hanya sebagai percaturan, jika kita suka, teruskan, sebaliknya…tidak. Masa depan Alif dan adiknya, bukan permainan. Jika you tak suka pada I sekalipun nanti, we have to carry on…..You sanggup ke ?".

"You ni….takkan I nak buat sesuatu yang memusnahkan anak-anak I ?. Mereka tu ibarat nyawa I sendiri. I jumpa you…saat inipun adalah kerana mereka….Juga sebab mama….".


" I juga nak you tahu, I bersetuju dengan cadangan mama you, bukan bermakna I hendak memiliki semua……I tidak tamak… you. Cukuplah jika Alif, Alifa , mama dan keluarga arwah Aishah menerima I. I tidak mengharap lebih dari itu dari you…".

"Maksud you…..?".

" Maksud…I, dapat menyayangi Alif dan Alifa selamanya sudah cukup dalam hidup I….".

" Kenapa you boleh menyayangi anak-anak I begitu sekali…?".

----------------------------------------
Sinopsis :

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.

Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?

Judul : Pilihan Mama
Penulis : Umie Nadzimah
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM 18.00
Sabah / Sarawak : RM 21.00
ZzzZZzz...layan jew..wssalam 

No comments: