KMovie - 200 Pounds Beauty


Rasanya ramai yang dah tengok cerita ni. Dan mungkin ramai gak yang setuju kalau aku cakap cerita ni best. Aku pun dah lama tengok cerita ni. Cerita ni keluar tahun 2006. Dah main pun kat TV8. Dah berapa kali ulang aku tak pastilah pulak.

Dari segi jalan cerita ni, rasanya, agak simple. Kisah seorang perempuan yang gemuk dan tak cantik transform jadi lansing dan cantik semata-mata untuk mengurat lelaki idaman dia. Simple kan? Tapi apa yang membuatkan cerita ni best?

Mula-mula start cerita dah buat lawak. Perempuan gemuk tu pergi kat bomoh dengan tujuan untuk memikat lelaki idamannya. Siap dapat tangkal free lagi, pasal bomoh tu kesiankan kat perempuan tu. Dah tu, habis hancur bancai lagi kedai bomoh tu disebabkan oleh perempuan tu.

Perempuan gemuk ni kerja sampingan dia pun ntah apa-apa. Kerja layan panggilan telefon lelaki yang desperate atau bahasa biasanya phone sex. Dia cakap kerja tu bagus psal tak yah guna paras rupa.. hahaha. Kelebihan perempuan ni ialah dari segi suaranya. Sebab tu lelaki suka layan telefon. Tapi pekerjaan perempuan gemuk ni ialah penyanyi... (nak ketawa jer bila aku tengok bab ni.. tapi tertanya-tanya juga, betulke dia ni penyanyi..)

Opening concert Ammy - guna suara Hanna
Lepas tu keluar bab, konon-kononnya perempuan gemuk ni nak buat konsert. Beribu-ribu peminat dah tunggu. Ye ye 'a jer.... Last-last yang keluar, perempuan kurus pulak, bukan dia yang naik, tapi orang lain.
Rupa-rupanya, perempuan gemuk ni memang betul kerja dia penyanyi, tapi penyanyi di sebalik tabir. Cuma suara jer yang digunakan. Dia menyanyi, tapi orang lain yang naik atas pentas. Tak tahulah aku apa benda ni nama pekerjaan macam ni. Perempuan yang naik pentas tu nama dia Ammy, cuma miming jer.. hahaha. Boleh tahan power gak suara perempuan gemuk tu. Oh ya nama dia Hanna.. (aku asyik sebut perempuan gemuk, ada pulak yang terasa pulak karang *diri sndri ok hahaha*).

Masa konsert tu, Hanna ni siap joget-joget lagi walaupun bukan dia yang kat atas stage. Sampai roboh tempat dia nyanyi tu... hahaha.. penghinaan sungguh.. nasib baik boleh cover dengan mercun-mercun dan semburan bunga api..

Alamak.. ni orang ke buah nangka paaki baju? Blue hippo pakai baju merah..
Banyak juga kisah-kisah, penderitaan Hanna ni sebagai perempuan gemuk, sampai nak bunuh diri pun ada. Kat hospital, doktor dan staff-staff nak angkat pindahkan katil tak kuat angkat. Last-last dia kena bangun guling sendiri untuk pidah katil. Kena dengki dengan Ammy pun satu hal. Bagi hadiah baju kat Hanna untuk pergi kat birthday Sang Ju (lelaki idaman Hanna ni), kononya baju tu dari Sang Ju. Punyalah ketat, macam badak pakai baju... lagi buruk dari tu.. Ammy ni pun tak sedar diri.. jadi penyanyi pun pinjam suara Hanna.. tapi dengki kat Hanna..

Kena guling sendiri untuk pindah tempat
Bila dah macam-macam kena, Hanna ni pun dah tensen giler. Cuma satu jer cara kata dia. Buat plastic surgery. Tapi doktor bedah tu tolak mentah-mentah..siap perli-perli lagi. Tapi lepas kena ugut dengan Hanna nak pecahkan rahsia doktor tu (doktor tu pelanggan tetap phone sex Hanna), doktor tu pun setuju.. hahaha

Masa Hanna ni hilang (masa waktu pembedahan dan pemulihan) kecoh gak kat tempat kerja dia. Ammy pun gelabah pasal album dia kena tangguh. Iyelah, macam mana nak release, kalau suara penyanyi original tak ada.

Setelah beberapa lama, lebih kurang setahun juga, dan dah pulih dari pembedahan. Maka menjelmalah Kim Ah Jung yang kurus tu. Wah suka gila member. Kira manjadilah plastic surgery tu. Masa dia mula-mula jadi kurus tu, banyaklah babak-babak yang kelakar.

Nak cover identiti
Antaranya babak motor food delivery langgar pagar parking pasal terpesona dengan kecantikan Hanna. Lepas tu Hanna ni, lari pakai helmet fullface mamat yang eksiden tadi pasal takut Sang Jung cam dia.

Lagi satu babak bila Hanna langgar belakang teksi dengan kereta yang baru dibelinya selepas kena puji cantik dengan salesman kereta. Driver teksi tu mula-mula hangin betul. Siap duduk atas jalan raya, protes. Masa tu dia tak nampak Hanna lagi. Sekali dia tengok wajah Hanna. Haha (ketawa dulu). Terus hilang hangin dia. (boleh mcam tu?) Siap cakap eksiden tu salah dia sendiri. Darah mengalir keluar dari kepalapun masih cakap, hal kecik jer. Lepas tu polis trafik datang. Pun tak jadi sound bila tengok Hanna. Sorang ahjumma suruh cek lesen... sekali tengok gambar kat lesen semua orang terkejut.

Tak per tak per hal kecik jer ni..
Kat Balai Polis pun polis tak percaya identiti Hanna ni. Tapi masih layan dengan layanan special lagi. Nasib baik ada kawan baik Hanna, Jung Min yang kenal dan boleh confirm identiti Hanna lepas tengok tatoo Hakuna Metata. Itu pun selepas tersilap orang..babak ni pun kelakar tak bleh blah.

Layan baekk
Tempat kerja lama Hanna ni, masih lagi cari pengganti supaya Ammy dapat release 2nd album dia. Hanna pun, masuk audition, guna nama Jenny. Masa dia nyanyi lagu Byul. Meremang bulu roma aku. Bestlah lagu tu.  Nampak dia bawak macam penuh penghayatan, suara pun best. Memang tabiklah.

Mestilah Hanna berjaya dalam audition tu. Dah sah-sah lagu asal tu memang guna suara dia. Tapi Sang Jung tak nak guna suara Hanna jer. Iyelah, suara ada, rupa pun ada, package nak jadi penyanyi dah lengkap. Kalau jadi penyanyi kat belakang tabir jer, rugi tu. Jenny pun dapat offer contract.


Masa ni lagu dah habis, tapi diorang masih terpaku..

Rasanya dah setengah cerita dah ni aku tulis. Aku cuma cerita bab-bab tertentu jer. Banyak babak-babak menarik yang aku tak tulis. Takkan nak tulis semua. Aku bukan buat sinopsis. Aku buat review jer sikit.

Ada lagi satu babak yang aku suka. Masa Hanna nak buat kemunculan pertama dia kat pentas. Dia nyanyi lagu Ave Maria. Mula-mula tu, masa permulaan lagu kan mendatar jer suara dia, penonton pun macam mencebik-cebik ajer. Sekali masuk bab chorus, barulah nampak kepoweran suara dia. Barulah penonton suka.. hahaha.. tengok youtube ok....

Bagi aku cerita ni memang best dan puas hati. Jalan cerita best. Suspen pun best. Lagu pun best. Dari awal sampai habis, tak jemu, penuh babak yang mencuit hati. Bukan babak lawak jer. Babak sedih pun ada... biasalah cerita korea.

Dalam cerita ni lagu Beautiful Girl, Byul (Star) dan Ave Maria guna suara Kim Ah Jung betul, pasal dia ni memang seorang penyanyi pun. Di Grand Bells Award 2007 filem ni dapat banyak anugerah antaranya Best Actress (Kim Ah Jung), Best Cinematography, Best Director dan Best Film.

Pelakon:
p/s :mcm kisah aku jew kn...ye lh aku kn gemuk hahahahaha tp lom smpai thap cm 2 lg *_*






No comments: