Free Header By Kei Seichi

Assalamualaikum u all..

tgh duk asyik aku blogwalking d pg hari tut2 aku trnmpak blog si Kei Seichi nim de bt segmen die nk bg header free..wah caya lah sape yg x nk bnda free kn...lg pun dh lme aku duk mncari sape yg nk bg header free kt aku haha *stacy-jahat*..ermm rsenye smpat lg kot coz aku tgk td tarikh tutup die 3 jun 2011...so sape2 yg nk join sila kilik sini yer,,

1.size header 
*alamak gue x thu ler saiz header gua punya berapa..ikut macam awk jelah kei seichi,,tak tahu sangat saiz yg ok,,,janji ngam ngan blog gue ni,,

2. background colour 
*kalo bleh nak kaler sama dgn latar belakang background x pun trpulang pada awk ler mn2 yg sesuai..

3. ayat yang nak di letak
*RaHsIa HaTiKu n ejahashim88.blogsport.com
       ikut kreativiti awk lah nk bt cm mne jnji cute n tomey mcm tuan punya blog ahakkk *perasan suda*
4.gambar 
 
-1-
 -2-
 -3-
* awk tgk jelh mne2 yg comel...x thu nk pilih dh yg mne 1 nim...blurrr*

5.nak contact pakai email pun bleh
ejahashim88@gmail.com atau facebook kat sebelah si debar tu yer,,

ok,,semuanye done!!!,,rasanya dah memenuhi syarat yang dipinta kan,,,lgpun kacang jew hihihi terima kasih hencik Kei Seichi, gua tgh menunggu nim kui kui..,,,,,,
 
p/s : awk jgn fedup plak nk bt header blog gue coz lnsgsung x bg idea kn just terpulang jew mn2 yg cntik huhuhu
 
ZzzZZz....layan jew..wssalammm





SiApAkAh?????

Assalamualaikum u all...........


taraaaaa.......followers aku dh nk ckup 100 tp siapakah geranganye yg mnjadi angka yg ke 100..jeng jeng ...x sgka lak followers aku mkin rmai...kalo lh dlu aku aktif mcm skrg msti dh lebih drpda nim kn,,,tp nk wt cm ne kalo dh mlas 2 sape2 tak leh pkse coz nk bt blog nim dgn krelaan hati sndri...bwu mari idea2 yg brnas n mmbtkan rmai pengunjung kn2...kalo kuar n3 cm x best jew lngsung x mnarik perhatian baik x yah...*mcm blog aku* 
hahaha kutuk dri sndri xpe kn2

so SIAPAKAH geranganya yg akan follow aku....owg yg bertuah tu hahaha tgk angka lh beb...kalo duk terjah blog nim jgn lpe follow ok jgn segan2 pilu2 lak nk follow...
apa yng pnting kerjasama
^_^ 
*woderpet*

p/s : meh ler kita pakat terjah

ZzzzZZz...layan jew ..wssalam

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Asslamualaikum u all.......

 pg nim abg ben de bt segmen 24 jam...so d sbbkan mata aku nim blom ngtk lg...aku ambik ksempatan ler nk join ler segmen nim coz dh lme aku x join segmen hihihih....
Segmen ringkas sempena HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA  pada setiap 31hb Mei ...
Jom sebarkannya .... sangat mudah ..
so sape2 nk join sila klik SINI..

kta kn xnk merokok!!!!!!
Jika ada yang menyangka undang-undang ini dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok, tanggapan itu silap. Motif utama ia dilaksanakan sebenarnya adalah untuk mengurangkan kadar kematian mereka yang menyedut asap rokok. Hei, kajian menganggarkan lebih 600 orang yang mati setiap tahun adalah daripada mereka yang tak merokok! Ya lah, kau hisap rokok tapi kau hembus asap rokok keluar. Tengok siapa yang sedut? Orang-orang di sekeliling kau. Dalam tidak sedar, kau dah jadi pembunuh! Tujuan kedua barulah berharap agar perokok tegar berhenti merokok.

Bagaimana pula di Malaysia? Asyik cerita pasal England saja. aku pun tak tahu sejauh mana keberkesanan kempen “Tak Nak”, tapi bgi u all sendiri cm ne, jika u all sebagai perokok tegar, setakat kempen “katakan tidak kepada rokok” itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada u all kn. Tambah lagi jika u all sudah merokok selama 20 puluh tahun. Setakat kempen begitu, anggap saja ia macam angin yang berlalu! Penguatkuasaan juga tidak ketat. Err.. contoh terbaik, kalau u all masih ingat tahun lepas timbul isu ahli-ahli parlimen merokok di dalam bangunan parlimen, yang merupakan kawasan larangan merokok. Jangan sekadar berkempen menghabiskan wang untuk pengiklanan, tapi pelaksanaannya tidak segah seperti yang dihebahkan.

so semua nim just2 hangat2 tahi ayam jew kn...apa yg best sbnarnye merokok nim ce citer ce citer...aku pun nk thu gak lain ler aku nim perokok kn xyh lh aku sbuk2 nk tnya u all...aku nk pegang pun geli apatah lg ngn habuk die mmang aku x selera nk mkn..huhuhu...angan2 aku lh kn nk cri suami yg x hsap rokok tp enth ler..kadang2 apa yg kita xmahu 2 lah kita akan dpt akan..allwuhalam..

p/s :, daripada u all menghabiskan duit untuk membeli rokok untuk membunuh diri dan orang yang tersayang, adalah lebih baik, err.. u all tanam pokok bunga!!! kn byk faedah kn2

ZzzZZz....layan jew..wssalammm


Salma Dinobatkan Sebagai Juara Mentor 5, Tahniah!

Assalamulaikum u all

 

Persaingan yang jelas siapakah pemenangnya. Salma membawa kekuatan vokal yang tinggi, Shiha penuh dengan lenggok & elemen drama, manakala Iqa banyak dibantu dengan kekuatan drama.
Di saat ini, Salma telah menjadi pilihan ramai peminat Mentor 5, terutamanya selepas membuat persembahan yang mengagumkan bersama Jackly Victor. Dan, keputusan peminat yang memilih Salma memang sudah dijangkakan.
Memegang 85 markah, Salma meninggal jauh pesaingnya iaitu Shiha (63) & Iqa (56). Salma tidak mensia-siakan kekuatannya dengan mempersembahkan lagu single terbaru berjudul, Aku Permata ciptaan Taja. Walaupun kawalan vokal untuk lagu ini agak goyah, namun secara keseluruhannya Salma bijak menyembunyikan kesilapannya.
Salma, membawa pulang wang tunai sebanyak RM100 000 berserta sebuah kereta mewah Chevrolet Cruze bernilai RM97800. Tahniah buat Salma, juara Mentor 5!

zzzZZzzz..layan jew..wssalamm

TeNgOk Ler..Jgn X Tgk

Assalamualaikum u all.......


u all tgk ler depa dri luar negara pun baca blog aku ahakkkk bleh percaya kew nim...xmo ckp byk just tgk  jew *jgn berangan suda eja ganu oii*...

ZzzZzzzz,,,,layan jeww,,wssalammm 
 

Firdaus : Seminggu 100 Follower

Assalamulaikum u all....


aku tba2 tertarik lak segmen bersama firdaus nim coz segmen die very simple sgt2 ^_^
of course lah aku ska kn haha..tgk ler n3 aku nim pun simple kn2
jom la join!!! jd lh mcm aku gila bersegemen haha..
mood *jiwa kacau*

klik banner atas tu untuk join okayyy!!!
 
ZzzzZzz...layan jeww..
 

Marjerin & Mentega

Assamualaikum u all...........



adakah anda thu bahawasanye Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. 
 
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. 
 
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan
lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin
semula jadi badan. 
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . 

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan
SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). 

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat
teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:  *tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai
nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
 
BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.
 sedih sgt…..dah lama kita terkena….

ZzzzZz,,,layan jeww..wssalamm

CinTa MeLody

Assalamualaikum u all...

u all mnat x sinetron di Astro Ria iaitu Sinetron Melody Cinta...best bangat sinetron nim, rgi tau kalo x tgkkk,,smpaikan aku hari2 duk mlayan sinetron Melody Cinta ngn my family...lebih2 lg adik aku Syafiqah tiap saat mlayan sinetron nim smpaikan aku plak yg jemu...hahaha...ala xkn thu astro byak sgt ulanngan kn2..Dan yang menariknya Sinetron ini, sebabnya pelakon jejaka idaman iaitu Randy pangalila turut berlakon dalam sinetron ini, yang mana beliau memegang watak sebagai Elang...Jom layan Sinopsis Cinta Melody


cinta melody

Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan karena kecelakaan. Saat kecelakaan itu, hanya mayat Fajri yang ditemukan sementara mayat Fajar tidak. 

Hal ini menyebabkan Nissa bersikeras kalau suaminya masih hidup. Nissa selalu marah kalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa marah dengan dalih bahwa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa karena ia merasa bahwa suaminya meninggal karena kelalaian Fajar membawa mobil. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.

Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja menabraknya. Terjadilah pertengkaran di antara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik perusahaan tempat Melody bekerja. Elang dididik orang tuanya (Anggika dan Bharata) untuk bisa mengatur perusahaan mereka, tetapi harus dari level bawah dulu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai asisten Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyadari mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan pun akhirnya selalu mewarnai pekerjaan mereka.

Saat tak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana karena wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar, ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia setelah ditolong Anggika dari kecelakaan bertahun-tahun yang lalu. Rahasia yang disimpan ini terusik saat tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, apalagi saat dia selidiki, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody.

Anggika mencari tahu tentang Melody dan keluarganya. Anggika syok karena Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan saat Elang makin dekat dengan Melody, Anggika makin keras dan menjodohkan Elang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak dengan Elang.

Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika agar Elang menjauhi Melody karena kalau tidak, Melody akan sengsara. Elang khawatir sehingga dia pun perlahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri jadi menyukai Elang dan ia sering mencari kesempatan untuk jalan berdua.

Bagaimana kisah selanjutnya? Akankah cinta Melody pada Elang akan berakhir bahagia? Akankah Melody tahu kalau Bharata adalah ayah kandungnya? Saksikan semuanya dalam Cinta Melody di Indosiar!

ZzzZZz....layan jew..wssalammm


Slot Akasia

Assalamualaikum u all....

adohai aku nim ketinggalan zaman tol kn...mlm nim bawu aku thu slot akasia tv3 *Nora Elena* adalah adaptasi dari Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha...2 pun aku terbaca dri blog abg ben...hahaha...cian kt aku kn,,


so aku nim apa lg bla dh dpt thu trus aku terjah kt dlm google nk cari Novel karya Meen Zulaikha *kasih yang suci*.coz nk thu hrga n trus beli scara online hihihi biasalah aku nim gila novel..kalo ada novel di tngan jgn harap ler aku nk bt keje lain...mmang x kn punyaa...so meh ler kita terjah slot akasia Nora Elena hihihi
nora elena slot akasia tv3

Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!
 
ZzzzZZz...layan jew ..wssalam

SEGMEN: Keluargaku Keluarga Bahagia

Assalamualaikum u all.....


tdi aku jalan2 duk terjah blog u all semua..pas2 tba2 jew aku trtarik ngn segmen nim...tuan tanah kedaun nye adalah KIC so sape nk join meh ler klik sini...free jew x brbayor pun.hihi

orait jom kita jawab soalan2 yang sangat mudah ni..

a) ceritakan serba sedikit tentang keluarga anda (terpulang nak letak gambar keluarga atau tak)
aku nk sulong drpda 5 owg adik bradik..aku tggal ngn mak n abah tiri aku...mak n ayah kndung aku dh bercerai n kalo u all nk thu lebih lnjut kisah hidup aku cm ne sila klik sini ok..coz aku xmo cite pnjang2 nnti lain plak jdinye hehehe..

b) keluarga impian anda yang macam mana?
mstilah aku nk yg trbaik kn mcm u all semua ada suami yg penyayang ank yg cute2 *aku ska sgt kt baby*..sape yg xnk meh cni aku tibai skali haha xde lh grau jew smua nk bhagia kn...coz aku dh rasa semua pahit manis dlm hdup aku slma nim..kdang2 jeles gak tgk kluarga owg lain happy jew tp aku huhuhu entah lh...pape pun aku ttap brsyukur dgn apa yg aku ada skrg..

c) panggilan manja anda dirumah?
*along*

d) apa yang anda rasa anda patut buat untuk bahagiakan kedua ibu bapa anda?
aku nk keje sgguh2 nk pk psal kjaya jew..aku ada niat nk hntar mak n abah p haji...aku byk terhutang budi ngn mak n abah..dorang dh brkorban tuk aku n adik2...aku sggup lakukan apa shaja dmi kebhgian mak n abah..love u mak n abah



p/s : tarikh tutup segmen ni 22/5/2011 jam 11.59PM....tp aku dh terlmbat coz aku bawu balik dri kursus induksi...tp aku nk publish gak n3 nim coz rse syg lak terperuk lam draf...x slahkan....uhukk2

zzzZZzzz..layan jew..wssalamm


Selamat Hari Jadi Sayammm!!!

Assalamualaikum u all

 


Hari nim bzday adeq aku haszlee yg nbr 2...so genaplah umo die 21 tahun...along harap ko berubah yew deq jd ler owg yg berguna...udah2 ler duk merempit tu..buang masa jew..baik ko cari duit byk2 pas2 hntar mak n abah p haji lg bagus *kawin kemudian ok haha*..balik keje nnti along beli kek...suprise!!!!!! xleh bli awl2 nti ko thu lak.along x mmpu nk beli hadiah mahal2 tggu along ko nim ramai duit bawu ko dpt apa yg ko nak..*hihihi* so terima lah lagu Selamat Hari Jadi khas tuk ko adeq trsyang *syg lh sgt*






Artist: GT Boyz
 
Selamat hari jadi

Ku ucapkan kepada mu

Semoga yang Esa panjangkan umurmu selalu

Betapa riangnya menanti di saat ini

Ku harap kita dapat meraikan bersama-sama

Di sisi teman-teman



Selamat hari lahir

Sekali lagi ku ucapkan

Kini usia telah

Mendewasakan dirimu

Kini kau menanti pelangi kehidupan

Secerah mentari memancar buni ini

Tak dapat melupakan kenangan manis



Sambut-menyambut mesra penuh keriangan

Berdendanglah iramaku dengan mesranya

Harijadimu yang paling bahagia

Tak dapat kulupakan buat selamanya



Tiap detik beredar silih berganti

Hanya setahun sekali kau menanti

Bagaikan sejarah tersemat di sanubari


KemPunaN

Asslamualikum u all...

  
Malang tol nasib aku huhuhu..kaki aku trkena paku..dh ler paku tu brkarat...aku igtkan cikit jew pas2 time nk jalan tgk2 kt lntai dh ada darah..perghhh sakit gila terus ambik minyak gamat letak kt tmpt yg kena..siap kene bleber a.k.a leter ngn mak n mak ckap mybe aku kempunan kot.coz sblum terkna paku aku p tman mak aku beli barang dapo mcm biasa lah sbulan skali mmang wajib kena beli kn..so time nk balik tu abah aku ada jnji ngn kwn nk jumpa. bla we all dh smpai tgk2 kwn abah blum ada lg so abah tnye nk mkn tak.,,smpat lg coz kwn abah blom smpai..bawu nk p kedai yg brdekatan kwn abah pun dh smpai...trus abah bg kunci kereta swuh aku drive coz abah p ngn kwn die..


so we all trus balik..dlm prjalanan mak aku ada tnye gak nk mkn ke tak..kalo nk mkn bernti jelah kt mne2..aku n adik ckp xmo lh coz dh knyang..yg tdi sje2 jew..mak aku swuh mkn tkut nnti kempunan lak..tp aku ttap degil nk balik..siap mak aku psan lg bawak kete elok2 tkut ler jd pape kn..biasalh owg tua mmang cm ni kn..smpai umah aku n adik agkat barang bawak masuk dlm umh..time 2 ler aku terpijak paku huhu...cian kt aku kn..jlan pun dh senget..nsb baik ler x truk sgt,,


waaaawwaaaaaaaaa.,..sakit bgat hnya tuhan jew yg thu..cian caye kn2..tp kn sakit kaki pun muka aku ttap cool *smpt lg ambik gmbr mmang sah SS a.k.a Syok Sndri*  hehehe senyum sokmo awek ganu ke cmne?? ^_^...sape2 yg dh jemu tgk muka aku sila abaikan ok!!!

ZzzzzzzZZZ..layan jew wssalam

Cinta Gila

Assalamualaikum u all...

“What… kau ada hati kat Naqib, come on la my friend don’t waste your time. Mamat tu sombong gile tau, kalau setakat executive macam kita ni, sebelah mata pun dia tak pandang tau”, kata Julie sambil tergelak. Sebagai orang lama di syarikat tersebut, telah banyak pengalamannya menyaksikan Naqib menjual mahal terhadap wanita yang ingin mendampinginya. Sebagai salah seorang manager, Naqib membina jurang yang agak jauh antara dirinya dan staf bawahan yang lain.
“Kenapa, salah ke apa yang aku cakap, at lease aku berani nak cuba. We’ll see about it”, balas Khaireen sambil tersenyum penuh makna.
“Aku wish kau best of luck la, tinggi tau risiko yang kau ambik tu”, kata Julie.
“Maksud kau…?”.
“Kalau dia reject kau mentah-mentah, selagi salah sorang tak berenti keje, selagi tu la kau akan tanggung malu besar”, jelas Julie.

Setelah membetulkan kebaya singkat yang dipakainya, Khaireen melangkah menuju ke bilik majikannya sambil membawa proposal yang baru disiapkannya. Dia perlu mengadap majikannya yang diadmire selama ni sendiri kerana setiausaha mereka baru meletak jawatan beberapa hari lalu. Agak sukar untuk mereka mendapatkan pengganti yang baru dalam masa terdekat ni memandangkan peruntukan pada tahun ini telah tiada.
Khaireen masuk ke bilik tersebut setelah mengetuk pintu. Dia tidak sabar untuk menatap wajah orang yang diminatinya selama ni, berdebar pun ada walaupun mereka selalu berjumpa. Lebih kurang macam nak jumpa penyanyi pujaan la. Masa nak tengok konsert kumpulan Westlife tempoh hari pun tak berdebar macam ni.
“Encik Naqib, proposal ni saya dah siapkan. So saya nak minta Encik semak dulu la sebelum kita proceed”, ujar Khaireen lancar. Dia agak terperanjat melihat meja majikannya agak berselerak.
“Letak je kat in-tray saya. I’ll see it later”, jawab Naqib tanpa memandang wajah orang yang berdiri di depannya.
Khaireen mengerut dahi, last time kata proposal ni penting, bila dah bagai nak rak disiapkan dikatanya nak semak kemudian. Dengan meja yang berserabut, macam mana nak buat kerja.
Naqib akhirnya memandang wajah Khaireen yang masih mengerut dahi memandangnya. “So… what’s your problem now”.
“Er… if you don’t mind, saya boleh tolong kemaskan meja ni”, Khaireen gugup kerana Naqib meninggikan suara terhadapnya.
“I know my work, you may go now”, kata Naqib dengan angkuh membuatkan Khaireen berlalu dari situ dengan perasaan marah.

“Hello… termenung jauh nampak. Hai, takkan dah give-up kot”, tegur Julie yang kebetulan lalu di depan meja Khaireen.
“Woi, ni Khaireen bt Datuk Khairuddin tau, no matter what, I’ll never give-up”, kata Khaireen, dia lalu menarik tangan sahabatnya ke pantry untuk menceritakan apa yang telah berlaku.
“Angkuhnya mamat tu, trust me, dia akan cari kau nanti. I think he actually needs someone to help him. Cuma ego dia saja yang menghalang dia dari berbuat demikian”, Julie yakin dengan kata-katanya.
“Well my instinct pun kata macam tu jugak. We just wait and see la”, kata Khaireen sambil tersenyum. Dia kemudiannya membancuh air milo.
“Sejak bila pulak kau suka air milo ni?”, Julie mengerut dahi, setahunya Khaireen memang tak suka minum air yang bersusu.
“Not for me la, it’s for my bos”, katanya sambil tersenyum.
“One step further ha…”, kata Julie, mereka berdua ketawa.
“Tapikan Reen, aku pelik la dengan kau ni”, kata Julie sambil mencapai gelas untuk mengambil air mineral.
“What…? Apa yang tak kena dengan aku pulak ni?”, Khaireen mengerut dahi memandang Julie.
“Memang taste kau ke orang macam tu, sombong gile. Agaknya kalau kau kahwin ngan that guy, memang lupa kawan la lepas tu”, sindir Julie.
“You know what, aku tertarik dengan dia bukan pasal apa tau. Muka dia tu bersih, mata dia cantik and one more, kalau dia senyum, for sure kau cair punya”, balas Khaireen sambil tersenyum.
“So far dah berapa kali bos kau tu senyum kat kau?”, tanya Julie yang ingin kepastian.
“Erk… belum lagi”.

“Awal balik,” tegur Naqib, dia baru selesai bermesyuarat bersama pengurusan lain.
“Saya dah janji dengan kawan nak pergi gym”, jawab Khaireen sambil berlalu dari situ. Dia sengaja nak buatkan pemuda tersebut tertanya-tanya. Sudah tentu dia ingin tahu dengan siapa aku keluar dan sejak bila berkecimpung dalam bidang ni, Khaireen tersengih sendiri. Dia menuju ke lif sambil membawa paper bag.
Naqib mengetap bibir, tak de adab langsung. Orang tak habis tanya lagi dia dah cabut, getus hatinya.

Naqib termenung di beranda rumahnya. Walaupun jam telah menunjukkan pukul satu pagi, dia masih belum dapat melelapkan matanya. Entah mengapa, dia teringatkan Khaireen. Adakah dia telah jatuh cinta pada stafnya sendiri. Well, tak mungkin perkara tersebut akan berlaku.
Dari apartmentnya di tingkat lima, dia dapat melihat gelagat penghuni yang lain di tingkat bawah. Ada yang masih bersembang di tepi kolam mandi dan di tepi taman. Mungkin pasangan kekasih ataupun keluarga. Ahh… pedulikan hal orang lain.

“Khaireen, I want to meet you now”, kata Naqib sambil berlalu ke biliknya. Kebetulan hari tersebut dia agak lewat ke pejabat.
Tanpa sebarang soal, Khaireen mengekor di belakang Naqib.
Setelah meletakkan beg di sebelah, Naqib mendapatkan tempat duduknya.. Khaireen telah bersedia di hadapannya.
“Actually I want you to replace secretary’s work for a while. I need someone to help me for my preparation to Singapore next month”, terang Naqib.
Khaireen tunduk, dia cuba menahan dari tergelak di hadapan majikannya. Ha… baru terhegeh-hegeh nak minta tolong aku.
“Kenapa senyap, awak tak boleh tolong ke…? Well, I’ll pay you for your extra work, I cuma perlu you buat arrangement untuk I di sana nanti”, kata Naqib.
Khaireen mencebik, angkuhnya. Apa, ingat aku ni tersilau la kalau dia offer for an extra payment.
“Actually Encik Naqib, you don’t have to pay me an extra, I’ll cover secretary’s job as your instruction”, kata Khaireen. Yess… ini akan mendekatkannya lagi. Tak kesah la kalau buat kerja secretary pun.
Naqib memandang tepat ke wajah Khaireen, cantik gadis ni. Tapi kenapa hati ini tidak terbuka untuknya. Walaupun Khaireen selalu bergaya mengenakan suit ke pejabat, Naqib lebih senang melihatnya memakai baju kurung. Baru la nampak ciri-ciri wanita melayu.
“Lagi satu, saya nak awak berpindah tempat juga. You have to sit at secretary’s place. Ada bantahan apa-apa ke?”, tanya Naqib.
“Tak de, may I go now?”, kata Khaireen, ada sedikit kerja mustahak yang perlu disiapkannya.
“Petang semalam awak buat apa kat Lot 10?”, tanya Naqib tanpa memandang wajah Khaireen.
Khaireen tersenyum mendengar pertanyaan itu. “Well, just hang around with my friend”, jawab Khaireen sambil berlalu dari situ. Yess… dia dah menunjukkan more attention kat aku, Khaireen tersengih sendirian.

“Mimpi apa kau datang ofis aku time ni?’, Mukti terkejut apabila Naqib tiba-tiba muncul di pejabatnya.
“Aku ada masalah la kawan”, kata Naqib, dia lebih selesa menceritakan masalahnya dengan Mukti kerana mereka berdua telah lama kenal, sejak masing-masing masih belajar di Universiti Malaya dulu.
Mukti tersenyum memandang sahabatnya, dia tersandar. “Kenapa pulak, dah dapat pengganti Tasya ke?”, tanya Mukti.
Naqib tersenyum, Mukti memang pandai membaca gerak hatinya. Sejak berpisah dengan Tasya beberapa tahun lalu semasa mereka berada di tahun akhir pengajian, hati Naqib telah tawar untuk menerima cinta lain. Tapi kini hatinya telah berubah.
“I know you better la my friend, now tell me, siapa gadis yang bertuah tu”, kata Mukti lagi.
“Well she’s daughter of nobody, budak biasa aje. But I like her style la”, jelas Naqib.
“No need to mention dia tu anak siapa. Kau jangan ingat anak orang kaya aje yang boleh dapat cinta sejati. You had learned from your past experienced right…”, tegur Mukti. Naqib cuba untuk senyum, dia akur dengan kata-kata sahabatnya. Well, even telah lama berpisah dengan Tasya, it’s still hurt. Tasya yang minta hubungan mereka diputuskan kerana Naqib banyak mengongkongnya dari bebas bergaul.
“Are you free to talk now?”, tanya Naqib.
“Kau ni macam baru kenal aku je la. Jom, kita keluar lunch”, ajak Mukti. Naqib cuma menurut.

Khaireen dan abang sulungnya membantu ibu mereka memunggah beg. Parentsnya baru pulang dari menziarah saudara mereka di Australia.
“Mama beli apa untuk Reen?”, tanya Khaireen manja, dia tidak mengharap apa-apa kerana selama ini dia telah dicurah dengan kasih sayang serta kemewahan.
“Last time kan Reen mintak purse dengan perfume. Cuba tengok kat dalam beg merah tu”, kata ibunya. Memang banyak buah tangan yang dibawa dari sana.
“Papa tengok Reen macam cengkung sikit, banyak sangat ke kerja kat pejabat tu?”, tanya ayahnya.
“Tak la papa, Reen rasa biasa je”, jawab Khaireen. Dia tidak mahu keluarganya tahu betapa banyaknya kerja yang perlu disiapkan di pejabat. Kadang tu, nak rehat pun tak sempat.
“Coklat ni bawak le ke pejabat. Bagi kawan-kawan rasa”, kata ibunya.
Khaireen bersyukur kerana mempunyai orang tua yang baik serta kaya dengan kasih sayang. Dia dan abangnya sentiasa mewah dengan perhatian dan kasih sayang keluarga.

Khaireen yang tiba awal di pejabat terus menuju ke bilik Naqib untuk mengemas fail dan on kan PC nya. Setelah Naqib tiba, dia akan membawa air milo dan air mineral pula. Setelah segalanya selesai barulah dia memulakan kerjanya sendiri.
“Siapa yang letak coklat atas meja saya tu?”, tanya Naqib ketika memulangkan dokumen yang telah ditandatangan. Dia tahu, makanan tersebut bukan barangan buatan tempatan.
“Saya yang letak, kawan saya baru balik dari luar negara, banyak coklat yang dia bagi. So saya bawak la ke pejabat sikit”, kata Khaireen.
“Macam budak-budak je awak ni. Still minat makan coklat?”, sindir Naqib sambil berlalu dari situ.
Khaireen mengetap bibir menahan marah. Orang dah bagi tu bukannya nak cakap terima kasih, lagi mau kutuk.

Naqib terpaksa membawa Khaireen bagi menghadiri makan malam bersama klient mereka yang baru tiba dari Sarawak. Sepanjang perjalanan, Naqib yang memandu kereta Perdana V6 miliknya tidak menegur Khaireen di sebelahnya.
Khaireen yang mengenakan kemeja ketat berwarna pink serta slack berwarna hitam duduk sambil membetulkan rambutnya. Dia sedar bahawa Naqib tidak suka melihat gadis yang seksi, tapi itu semua tidak dipedulikannya.

“Lawa isteri you Naqib”, puji Jefri. Khaireen tersenyum mendengar pujian tersebut.
“Actually, I’m not getting married yet”, jelas Naqib sambil meneruskan suapan ke mulutnya.
“Then, you all kena kahwin cepat. I don’t think your girl tak ada peminatnya yang tersendiri”, kata Jefri lagi. Naqib bengang mendengar pujian tersebut, mesti lepas ni Khaireen lebih besar kepala.
“Actually, saya ni secretary Encik Naqib di pejabat”, jelas Khaireen setelah melihat reaksi Naqib yang kurang berminat.
“What a surprise… memang la Naqib ni buta kerana tak nampak you, well… even I dah kahwin, I still can take you as my second wife”, gurau Jefri. Khaireen tersenyum.

“Lain kali jangan nak memandai creat story. Jefri tu client penting kita tau”, bentak Naqib ketika mereka masuk ke dalam kereta.
“Tapi saya tak buat salah apa-apa pun”, Khaireen pelik, rasanya dia langsung tidak bercerita sesuatu yang sensitive.
“Dah la, malas saya nak layan perangai awak”, kata Naqib sambil memandu deras keretanya.
“Encik Naqib, saya pun ada maruah jugak tau. Kalau selalu kena marah tanpa sebab, siapa boleh tahan. Kalau tak suka saya tumpang kereta ni lain kali jangan ajak saya”, Khaireen hilang sabar, dia turun dari kereta tersebut yang sedang berhenti kerana lampu merah.

Hari berikutnya Khaireen tidak menunjukkan sebarang perubahan reaksi. Malah dia seperti biasa menyediakan minum pagi kepada pengurusnya sebelum meneruskan kerja seharian. Naqib menjadi serba salah, berbagai cara telah dicuba untuk meminta maaf tapi tiada feed back dari Khaireen.
Naqib berjalan menuju ke meja Khaireen, tapi gadis tersebut tiada di tempatnya. Dia hampa, lalu kembali ke biliknya. Dia cuba untuk mengajak Khaireen keluar lunch bersama tapi ditolak oleh gadis tersebut.

“I’ll send you home”, pelawa Naqib ketika jam menunjukkan pukul 7.00 malam.
“No thanks, saya taknak termakan budi banyak sangat, susah nak balas”.
“Look Khaireen, saya minta maaf di atas insiden kelmarin. Saya mengaku saya bersalah”.
“Tak perlu minta maaf Encik Naqib. You’re my bos, saya sepatutnya yang minta maaf”, kata Khaireen dengan berani.
“If that so, okey la”, kata Naqib sambil berlalu. Khaireen mencebik bibirnya, yek… macam la bagus sangat, meluat aku.

“Excuse me, is Naqib in?’, tiba-tiba ada seorang pemuda datang ke meja Khaireen. Khaireen agak tersentak, pemuda yang berada di hadapannya kelihatan handsome, mesti rakan perniagaannya, duga Khaireen.
“Sorry sir, where were you from?”, tanya Khaireen. Naqib tu lain macam sikit, bukan semua orang dia nak jumpa.
Pemuda yang berdiri di hadapannya cuma tersenyum. “Cakap je kawan sekampung dia, Mukti”, ujar pemuda tesebut sopan.
Selepas menekan intercom dan memberitahu Naqib, Khaireen membawa pemuda tesebut berjumpa majikannya.

Khaireen kemudiannya datang semula ke bilik tersebut sambil membawa dua cawan air minuman.
“Eh… ada air pulak, tak payah susah-susah la”, Mukti berbahasa. Khaireen cuma tersenyum.
“Kalau awak nak tahu, Encik Mukti ni one of Manager di syarikat swasta. Khaireen ni secretary aku kat sini”, kata Naqib.
Khaireen berlalu dari situ, menyampah………
“Apa la kau ni, berlagak sangat kat depan staf kau. Cantik what budak tu, cuba kau usha line untuk aku. Perempuan macam tu la taste aku”, kata Mukti.
“What a joke man… dah la, buang masa je cakap bende merapu ni”, balas Naqib. Khaireen yang sedang berjalan keluar bengang mendengar kata-kata tersebut.

Naqib bercadang untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama sahabatnya Mukti, mereka keluar memancing sambil menenangkan fikiran.
“Come on la Naqib, aku tahu kau sengaja menyakitkan hati Khaireen tu. Apa yang kau tak puas hati sangat dengan dia actually ha”, tanya Mukti.
“Sebagai seorang majikan, kita tak perlu bagi muka pada staf bawahan. Nanti dia orang naik kepala, siapa yang susah”, jawab Naqib.
“That’s not the point, I don’t think Khaireen in that person, she’s nice you know”, kata Mukti. Dia memang tak suka dengan cara sahabatnya itu.
“Hello, puji lebih nampak. Kenapa pulak ni, kau ada hati kat dia ke?’, sindir Naqib.
“Aku malas nak bertekak dengan orang yang keras kepala macam kau ni. Memang dari dulu lagi kau memang taknak mengalah”, kata Mukti.

Selepas dari kejadian tempoh hari, Mukti lebih kerap mengunjungi Naqib di pejabat. Dia tertarik dengan budi bahasa Khaireen.
”Kita orang nak keluar lunch. Would you like to joint us?”, pelawa Mukti ketika mereka berdua lalu di meja Khaireen. Gadis tersebut memandang tepat ke wajah Naqib, seumur hidupnya tidak pernah Naqib berbudi bahasa macam tu. Naqib sengaja mengalih pandangan ke arah lain.
“No thanks”, jawab Khaireen lembut.
“Jom la, lagipun saya dah booked makan untuk tiga orang di KLCC”, Mukti ramah.
“Kalau orang dah ajak tu takkan buat-buat jual mahal lagi, ikut je la”, sindir Naqib.
Khaireen cuma menurut. Sepanjang perjalanan, dia lebih banyak berbual dengan Mukti dari bercakap dengan majikannya sendiri.

“Selalunya weekend Reen pergi mana?”, tanya Mukti ketika mereka selesai makan. Dia selesa menggunakan nama timangan gadis tersebut.
“Tak ke mana, cuma tolong mak masak kat rumah”, jawab Khaireen ringkas.
“Zaman sekarang ni mana ada anak gadis kota yang tolong mak kat dapur. Kalau ada pun setakat tolong basuh pinggan mangkuk je la”, Naqib menyampuk. Khaireen cuma tersenyum tawar.
Mukti kurang senang dengan kata-kata sahabatnya. Baginya Naqib sengaja nak bagi Khaireen sakit hati. Tapi dia tak tahu puncanya.

“Saya tak suka kamu rapat sangat dengan kawan saya tu”, kata Naqib tiba-tiba yang keluar dari biliknya. Khaireen melihatnya pelik.
“What do you expect from him actually ha”, kata Naqib lagi.
“Maafkan saya Encik Naqib, tapi… itu semua hal peribadi saya, tak ada sesiapapun boleh masuk campur”, jawab Khaireen.
“Oo… dah pandai menjawab sekarang, I’ll make sure that Mukti takkan terpedaya dengan orang macam kamu ni”, tegas Naqib sambil berlalu.
Tanpa disedari air mata jernih Khaireen mengalir membasahi pipinya. Dia tak sangka niat baiknya selama ini disalah ertikan.

Jam di dinding menunjukkan pukul 8.45 malam ketika Naqib bersiap sedia untuk pulang. Dia sempat menoleh ke tempat duduk Khaireen. Gadis tersebut sedang tekun membuat kerja di tempatnya. Naqib pelik, selalunya Khaireen akan balik selewatnya selepas solat Maghrib. Tapi hari ini lain pulak jadinya, dia teringat akan peristiwa siang tadi. Naqib sedar, dia tidak ada hak untuk menyekat kebebasan stafnya, itu urusan peribadi masing-masing.
“Kenapa tak balik lagi?”, tanya Naqib, dia memberanikan diri berdepan dengan Khaireen. Gadis tersebut diam tanpa sebarang tindak balas. Naqib menjadi serba salah. Khaireen sedang sibuk mengira akaunnya tanpa mempedulikan kewujudannya langsung.
“Well Khaireen, saya minta maaf diatas insiden petang tadi, saya sedar saya bersalah”, kata Naqib, tapi dia tidak berminat untuk meneruskan kata-katanya kerana Khaireen langsung tidak mengendahkannya.
Naqib sedar bahawa Khaireen terlalu marah padanya kerana ini bukannya kali pertama dia menyakitkan hati gadis tersebut.

“Reen tak kerja hari ni?”, tegur abangnya. Khaireen sedang menolong pembantu rumah mereka menyiram pokok bunga di laman rumah.
“Tak along, Reen ambil cuti rehat”, jawabnya ringkas. Khaireen telah memohon cuti rehat selama seminggu, dia ingin menenangkan fikirannya.
“Jom teman along boleh tak. Along nak pergi Sungei Wang”, ajak abangnya pula.
“Orait jugak, tunggu ye, Reen nak salin baju sekejap”, katanya sambil berlari menuju ke bilik. Dia mengenakan body hug berlengan panjang berwarna biru muda serta jeans Guess berwarna putih.
Mereka kemudiannya menaiki Satria GTi milik abangnya menuju ke destinasi yang dimaksudkan.

“La, lupa pulak nak cakap kat along, sekarang ni kan dah dekat nak lunch hour. For sure sesak ngan orang ramai punye”, kata Khaireen, dia kurang gemar dengan kesesakan.
“Apa la Reen ni, kalau nak ke tempat yang tak de orang, kat hutan je la”, sakat abangnya. Dia memang maklum dengan perangai adiknya yang lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga dari bersiar ke Bandar.
“Kita pergi makan dulu nak tak. Lapar la pulak”, kata Khaireen dan abangnya menyokong. Setelah menempatkan kereta mereka di parking lot mereka berjalan beriringan menuju ke restoran makanan segera.

Naqib hilang pertimbangan, dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Habis semua staf dimarahnya kerana hanya kesilapan kecil. Julie memandang dari jauh, dia tersenyum kerana sudah tahu puncanya.
Setelah berehat ditempat, Naqib cuba untuk bersabar. Dia tertekan kerana Khaireen mengambil cuti tanpa terlebih dahulu meminta pengesahan darinya. Walaupun semua kerja penting telah disiapkan terlebih dahulu, Naqib masih tidak berpuas hati.
“Hello my friend, kau ni macam singa lapar je hari ni kenapa?’, tegur Mukti di muka pintu. Dia kemudiannya masuk mendapatkan sahabatnya.
Naqib tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya, dia langsung tidak boleh mengukir senyuman.
“I know why… pasal Khaireen tak datang kan. Don’t lie at me la, aku tau kau ada hati kat dia, pasal tu la kau sengaja nak sakitkan hati dia. Am I right…”, duga Mukti.
“You’re definitely wrong, kalau pemalas macam tu mana layak jadi wife aku. Buat kerja pun berterabur”, kata Naqib lagi, dia bengang kerana dah masuk hari ke tiga Khaireen bercuti.

“Aku saja je nak ajak kau makan kat sini, lagipun dah lama aku tak lepak kat Hard Rock, malam ni singgah nak”, cadang Mukti, mereka sedang menikmati makan tengah hari di Hotel Concorde.
Tiba-tiba mereka tersentak apabila melihat seorang gadis yang amat dikenali bersama dengan seorang lelaki separuh usia. Mereka kelihatan sangat mesra. Tanpa sempat menjamah makanan di depan mata, Naqib bangun lalu menuju ke arah mereka. Dia kemudiannya menarik tangan gadis tersebut dan dibawa ke tepi pintu utama hotel tersebut. Puas gadis tersebut meronta, namun kekuatan pegangan tangan Naqib membuatkan gadis tersebut tidak berjaya melawannya.
“Tell me, apa awak buat kat sini dengan lelaki tua tu, dah tak ada maruah ke. Kelmarin saya nampak awak berkepit dengan lelaki muda, hari ni, dengan orang tua pun jadi ke”, Naqib menahan marah.
Gadis di hadapannya menangis menahan malu.
“Hello young boy, what’s your problem now?”, tegur lelaki separuh umur tadi.
“Pak cik, tak malu ke berkepit dengan anak dara orang yang sebaya anak sendiri. Pak cik jangan mengambil kesempatan di atas kelemahan budak ni”, Naqib serius.
“Cakap kat mana rumah awak, I’ll send you home”, kata Naqib sambil menggenggam kuat tangan gadis tersebut.
Lelaki separuh umur tersebut cukup tenang berhadapan dengan situasi sekarang. “So, Reen nak ikut papa balik ke nak ikut pemuda tu”, katanya selamba.
“What…?” Naqib terkejut sakan, Papa…? Oh my God, apa yang aku dah buat ni.

Dua tahun kemudian

“Lunch hour nanti abang balik jemput Reen, kita lunch kat luar ye”, kata Naqib memujuk isterinya yang merajuk. Walaupun Reen begitu manja, hanya isterinya itulah buah hatinya yang telah lama dipuja selama ini. Dia sanggup menyakitkan hati Reen semata-mata menarik perhatiannya sebelum ini.
“Tak payah susah-susah la bang, Reen ingat nak pergi ofis papa nanti. Dah lama tak jumpa papa”, katanya lembut sambil mengiringi suaminya ke muka pintu.
“Kenapa tak cakap nak pergi jumpa papa?”.
“Kenapa pulak, takkan abang cemburu kot…”, Khaireen tersenyum.
Naqib tiba-tiba teringat akan peristiwa di hotel Concorde beberapa tahun dahulu terus memeluk isterinya. Malunya bukan kepalang, dia sangkakan Khaireen keluar dengan sugar daddynya. Dia tersilap kerana telah buruk sangka terhadap gadis yang baik. Selepas itu, dia tidak membuang masa dan terus melamar Khaireen untuk menjadi permaisuri hatinya.
“Ah… abang, sakit la. Nanti lemas pulak baby kita ni”, kata Khaireen sambil mengusap perutnya. Naqib segera melepaskan tangannya.
“Ops… papa minta maaf ye sayang”, ujar Naqib sambil mengusap perut Khaireen. Dia bersyukur kerana bakal menjadi ayah setelah dua tahun berkongsi hidup dengan wanita yang amat dikasihinya.