Drama Dewa Cintaku (Sinopsis) - Akasia Tv3


Dewa Cintaku,drama terbaru terbitan Suhan Movies menampilkan pelakon hebat Fasha Sandha dan juga Iqram Dinzly sebagai teraju utama akan menemui para penonton dan peminat slot akasia TV3 mulai 20 Jun 2011 ini menggantikan Drama Nora Elena yang telahpun tamat. 

Seperti mana Nora Elena, Drama bersiri Dewa Cintaku ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Dewa Cintaku  yang merupakan Novel Muzikal karya Dilla Hussein pada tahun 2005 dengan penampilan khas Rosyam Nor sebagai watak utama dalam novel tu, iaitu Iqbal. Jom baca Sinopsis Dewa Cintaku!




Sinopsis Drama Dewa Cintaku
"Walau cinta tak pernah aku cuba,
tak pernah aku rasa,
aku mampu berikan segalanya,'
cuma hanya...
jika kau bawa aku terbang bersama,
meneroka alam cintamu yang beku...
izinkan aku mencairkannya,
izinkan aku temanimu,
hingga ke akhir masa..." 

Iqbal (Iqram Dinzly) dan June (Fasha Sandha) masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang. June pula pernah dikecewakan oleh kekasihnya sehingga menyyebabkan June sukar menerima cinta lelaki lagi dalam hidupnya. 

Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya kerana sejak dari kecil, bapanya dah membawanya lari daripada ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarga yang mewah dan kaya raya dan sejak dari kecil hingga remaja dia disuruh memenentingkan pendidikan dan dia juga mewarisi perniagaan keluarganya.Dalam pasa masa itu, Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya,dan dia sentiasa berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tetapi Iqbal tidak berminat untuk meneruskan rancangan pertunangan aturan keluarganya itu selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya.

Gambar aksi Fasha Sandha untuk watak June

Dalam masa yang sama, dia berjumpa dengan seorang wanita bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal dan sebaya dengan kakak Iqbal. Pertemuan mereka mewujudkan bibit-bibit percintaan yang pada awalnya, June menafikan perasaannya terhadap Iqbal. Pelbagai dugaan yang terpaksa mereka tempuh sehingga la mereka berjaya mengikat tali pertunangan. Lagi sebulan nak kawin, Iqbal dan June akhirnya mendapat tahu yang mereka sebenarnya adik beradik!


Bagaimanakah agaknya pengakhiran cerita Dewa Cintaku ini? Adakah episod akhir Dewa Cintaku ni nanti happy ending? Oh no, tak mungkin perkahwinan dilangsungkan sekiranya benar mereka adik beradik. Ataupun mereka adik beradik berlainan ibu bapa? Sama-sama kita nantikan episod pertama Dewa Cintaku yang akan bersiaran nanti.

Untuk memesan Novel Dewa Cintaku (garapan asal Drama Dewa Cintaku) ini boleh melanggan dari e-kedai.net yang didatangkan dengan CD Dewa Cintaku percuma. Adakah Drama Dewa CIntaku ini juga drama yang akan korang download untuk koleksi kenangan??

mood : ermm cm xbest jew sbb fasha yg belakon huk huk

sumber

3 comments:

ajumohit said...

huhuh cerita baru menyusul,...

sw33tdarling said...

harus melekat gak nanti.. minat gak kat iqram dinzly...

Cikgu Dahlia said...

kenapa perlu copycat entry dan ambil gambar tanpa kebenaran ni??

hope this post and the picture removed a.s.a.p

Belajar cara yg bijak dan betul nak ambil hak orang lain. TQ