Jantan tidak tahu malu

 
KUALA LUMPUR: Seorang wanita cedera di muka dan patah kaki kanan akibat dibelasah sebelum dilanggar dengan kereta oleh teman lelakinya sejurus selepas menyatakan hasrat memutuskan hubungan cinta di antara mereka berdua.
 
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang kelmarin di Jalan Tun Razak, di sini, selepas pasangan kekasih berkenaan bertengkar ketika sama-sama berada dalam kereta yang dipandu mangsa.

Sumber polis berkata, sebaik mangsa yang berusia 35 tahun menyatakan hasratnya untuk memutuskan perhubungan, teman lelakinya yang beberapa tahun lebih tua daripadanya terus naik berang.

“Suspek menumbuk muka mangsa beberapa kali. Biarpun nyaris terbabas, mangsa berjaya mengawal kenderaan dipandunya dan berhenti di bahu jalan. Ketika itu, mangsa hanya mampu menangis sambil merayu dikasihani dan mengajak teman lelakinya berbincang.

“Namun, rayuannya sia-sia apabila teman lelakinya terus bertindak lebih agresif. Mangsa bukan saja ditampar, disiku dan ditumbuk, malah rambutnya ditarik selain kepalanya dihantuk ke stereng kereta,” katanya.

3 comments:

cucu umie said...

grenty lagi tu xboleh terima yg perempuan tu nak utus.. apa ah..mcm tak boleh cari lain kan..

Eja GaNu said...

cucu umie ~ ermm thu xpew..mcm2 brlaku skrg nim...jgn lak kamo jgn jd cm g2 taw...ahakkkk

aida4eva said...

haiwan pun xkejam cam tu..

eii..natang!

http://aida4eva.blogspot.com