Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal berkahwin Disember ini?

Assalamualaikum u all n salam 1 malaysia

awalscha-(2).jpg


Perhubungan di antara pengacara terkenal Awal Ashaari dan pelakon terkenal yang kini semakin meningkat naik iaitu Scha Al-Yahya sememangnya tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tanahair. Ramai yang mengandaikan pasangan sama cantik sama padan ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Menyentuh mengenai isu perkahwinan, khabarnya pasangan sejoli ini akan melangkah ke gerbang perkahwinan pada bulan Disember tahun ini. Ura-ura mengatakan bahawa ketika ini Scha dan Awal sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.


schawal.jpg

Seakan-akan mengiyakan ura-ura tersebut, Awal Ashaari baru-baru ini telah menukar statusnya di laman sosial 'Facebook' kepada 'engaged' yang membawa maksud 'bertunang'. Tambahan pula, ketika beliau menukar statusnya itu selepas Scha menyambut ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.Apabila diajukan mengenai status tersebut, Awal lebih senang mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang kenyataan. Apa- apa pun pasti ramai peminat 'Schawal' gembira dan bersetuju seandainya mereka bakal diijabkabulkan tidak lama lagi.
 
p/s : harp2 kekal bhagia selama2nye hehehe ^_^

ZzzZzzzz,,,,layan jeww,,wssalammm