(NOVEL TERBARU) BILA HATI KATA SAYANG - Marissa


Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda...-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.


"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."
 "Kalau dekat kenapa?"
 "Saya cium awak!"
 "Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.


"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"


"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.


"Betul? Betul tak rindukan saya?"


Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang


Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.


-----------------------------------
Sedutan Novel :


"Fail warna biru? Kat mana encik?" Aku tanya balik sambil pandang meja tulis dia.

"Atas meja tulis ada?" soal dia, macam tak puas hati saja.

"Tak ada!" jawabku.

"Tolong cari dalam laci ke," arah dia lagi.

Aku bergerak ke meja tulis. Tarik laci. Tapi tak ada apa benda. Kosong.

"Tak adalah encik." Aku beritahu dia.

"Okeylah, kalau macam tu. terima kasih ya," katanya.

"Sama-sama.."

"Err…" Aku dengar dia cakap begitu.

Nak suruh cari apa lagi? Fail warna kelabu taik anjing pulak? Ke saja nak telefon aku? Cari fail tu satu alasan saja. Kalau begitu tak dapatlah aku nak tolong.

"Ya encik?" soalku. Sambil-sambil tu tunggu juga dia nak cakap apa.

"Tak apalah!" Dia jawab .

Kan dah betul. Dia tu saja cari alasan nak cakap dengan aku saja. Ceh! Tak guna betul. Tapi suara dia memang sedaplah walaupun serius. Sebenarnya kalau dia cakap lama-lama pun aku tak kisah jugak. Aku suka. Suka sangat-sangat!

"Terima kasih ya. Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam," jawabku lambat.

Suara dia dah hilang. Dan seperti separuh jiwaku hilang sama!


Judul : Bila Hati Kata Sayang
Penulis : Marissa
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM 18
Sabah / Sarawak : RM21


Novel ini boleh dapatkan di MPH seluruh Negara, seperti di MPH Midvalley KL, MPH Alamanda Putrajaya


Anda ingin mencari novel ini? Sila bagitahu POPULAR Mana berhampiran anda. kami akan membantu memeriksa stok POPULAR di kawasan anda. Semoga kami dapat memudahkan pencarian. Sila bagitahu kami untuk kami membantu dan memudahkan anda mendapatkan novel ini. Novel ini menduduki no 5 Carta Bestseller di POPULAR
ZzzZZz....layan jew..wssalammm


 

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum? novel ni sngt best. best giler. membuat aq x tdur mlm semata2 ingin membaca novel bila hati kata sayang.